Pemimpin ada agenda peribadi dinasihat keluar PR
KUALA TERENGGANU - Pas meminta mana-mana pemimpin dalam pakatan pembangkang yang mempunyai agenda peribadi dan sanggup mengkritik sesama sendiri agar keluar daripada Pakatan Rakyat (PR).
:Pengerusi Lajnah Antarabangsa Pas Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, sekiranya kepentingan peribadi diutamakan lebih baik pemimpin terbabit memilih dan berjuang dengan parti-parti lain yang sesuai dengan jiwa mereka.
“Sepatutnya, tidak timbul perkara-perkara sedemikian, mengkritik sesama sendiri dan kalau ada agenda peribadi lebih baik tinggalkan PR dan berjuang dengan parti-parti atau pemimpin yang diyakini.
“Ketiadaan pemimpin seperti itu lebih baik untuk PR dalam usaha meneruskan perjuangan bagi mendapat keyakinan daripada rakyat,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.
Mengulas isu yang berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) terutama melibatkan pandangan keras Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim terhadap Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, beliau menganggap ia sebagai perkara lumrah.
Dr Syed Azman yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Terengganu berkata, apa yang berlaku itu hanya membabitkan pandangan individu dan bukan masalah yang ditimbulkan kepimpinan.
“Dalam UMNO sendiri, wujud perkara sedemikian apabila pandangan pemimpin tidak sama dengan pandangan kepimpinan sebagaimana Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang tidak sehaluan dengan Kerajaan Pusat berhubung tuntutan royalti minyak di Kelantan,” katanya.
:Pandangan peribadi individu katanya, amat sukar dikawal namun beliau melihat ia sedikit pun tidak memberi kesan kepada keharmonian atau menggalakkan perpecahan dalam PR. sinar
*terima kasih atas kunjungan.bantu lah saya dengan hanya klik di sini. setiap klik membantu blog ini berkembang.

No comments
Post a Comment