PM sahkan sudah terima peletakan jawatan Nasir Safar

MELAKA 4 Feb. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengesahkan beliau telah menerima peletakan jawatan pegawai khasnya, Datuk Nasir Safar petang semalam.

Beliau berkata, perkara tersebut sewajarnya menjadi pengajaran kepada semua pihak.

Beberapa parti komponen Barisan Nasional (BN) semalam mendesak tindakan tegas diambil terhadap Nasir berikutan kenyataan berunsur perkauman yang didakwa dibuatnya pada seminar 1Malaysia di Melaka kelmarin.

Dalam pada itu, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan malam tadi berkata, Nasir akan meletakkan jawatan ekoran kenyataannya itu kerana ‘‘dalam keadaan apa cara sekalipun ia tidak mencerminkan pandangan Perdana Menteri.”

berpuas hati dengan artikel ini?sokong dan bantu lah saya dengan hanya klik di sini

No comments

Powered by Blogger.