Selamat ke Pakai RON95?


KELMARIN, kita dikejutkan kes ngeri enam sekeluarga rentung selepas kereta yang mereka naiki terbabas dan melanggar treler di Senawang.

Namun bukan tujuan saya untuk mengulas lanjut kes kemalangan ngeri berkenaan.

Apa yang ingin saya utarakan di sini ialah punca lain dan langkah pencegahan yang perlu difikirkan bagi mengelak perkara sama berlaku.

Apa yang saya sedari, semakin banyak kes seperti ini dilaporkan sejak penggunaan RON95.

Mungkin ini hanya prasangka saya, tetapi perlu ada siasatan terperinci adakah RON95 mempunyai ciri-ciri mudah meruap atau sebagainya.

Mungkin juga, ciri-ciri keselamatan kereta pada tangki minyak yang tidak diambil berat oleh kejuruteraan sekarang.

Saya berharap ada pihak yang dapat meneliti perkara ini dengan lebih mendalam agar kes kemalangan seperti ini dapat dielakkan.

PEMANDU WIRA HITAM,
Ipoh.




Terima Kasih kerana mengunjung. sudi-sudi 'klik' di sini sebagai sumbangan ikhlas anda membantu kami menyelengara blog ini.

No comments

Powered by Blogger.