Suhakam ke penjara bertemu anak Raja Petra
SHAH ALAM, 24 Feb - Kumpulan kerja aduan dan siasatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) akan menemui Raja Azman Raja Petra di Penjara Sungai Buloh jam 10 pagi esok.
Suhakam dalam satu kenyataan hari ini menyatakan kumpulan tersebut akan diketuai oleh Pesuruhjayanya, Datuk N Siva Subramaniam, lapor MalaysiaKini.
Kumpulan tersebut akan ke Penjara Sungai buloh untuk berbincang dengan anak Editor Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin itu dan pihak penjara berhubung laporan media mengenai keadaannya di penjara serta perkara lain berkaitan.
Awal bulan ini, Raja Azman, 34 dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh kerana mengalami kecederaan.
Dia dihantar kakitangan Jabatan Penjara Sungai buloh selepas ditemui lemah di sel kononnya menelan bilah pisau cukur dan cedera pergelengan tangan.
Raja Petra dalam blognya percaya kecederaan anaknya itu disebabkan tekanan akibat penderaan fizikal dan mental yang dilakukan kakitangan jabatan berkenaan.
Penderaan itu dipercayai taktik terdesak pihak berkuasa bagi mendorong Raja Petra keluar dari persembunyiannya.
Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah bagaimanapun enggan mengulas mengenai dakwaan itu.
Ingin membantu dan berkongsi usaha menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca artikel. Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'!

1 comment
dah masukan kat kerabu corner
Post a Comment