Ugutan Bunuh Saibol: Ni Facebook Yang Dimaksudkan

“Kepada rakan-rakan sekalian… Siapa-siapa yang mengenali atau pun berjumpa dengan Saiful Bukhari Azlan di mana-mana saja, anda diwajibkan membunuh beliau dengan apa cara sekalipun demi keamanan manusia sejagat”.

Dunia maya Malaysia digegarkan lagi, hasil dari tulisan di wall Facebook menyebabkan jadi kes polis. Mohd. Saiful Bukhari Azlan, saksi utama perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis kerana ugutan bunuh terhadapnya di laman sosial Facebook. Laporan itu dibuat terhadap seorang lelaki yang mendaftar dirinya atas nama “Anaz Zahari” .

Anaz Zahari didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan bunuh dalam laman Facebook DSAI.

Bahaya Anaz Zahari ni kerana kalau Saiful secara kebetulan dibunuh oleh orang lain pun dia akan dicari juga. Kesian juga kerana tulisan yang mengikut emosi. Kalau dulu pepatah terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya kena tambah lagi terlajak menaip di internet boleh didelete tetapi boleh discreen shot. So sama-sama beringat !

Anaz Zahari


klik gambar untuk besarkan.






Terima Kasih kerana mengunjung. sudi-sudi 'klik' di sini sebagai sumbangan ikhlas anda membantu kami menyelengara blog ini.

No comments

Powered by Blogger.