Penduduk bimbang keselamatan pemimpin
BANGGOL KULIM – Kes ugut bunuh terhadap Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dipaparkan baru-baru ini mengundang rasa risau di kalangan penduduk setempat dekat sini.
Penduduk, Mat Adam Ali,68, berkata, kes seumpama ini tidak sepatutnya berlaku kepada belia pada masa sekarang, kerana kebanyakannya mempunyai tahap akademik yang tinggi.
“Teknologi yang canggih itu sepatutnya digunakan untuk perkongsian ilmu, bukannya disalahgunakan untuk menyebarkan dakyah-dakyah berunsur ugutan,” katanya kepada :Sinar Harian:, semalam.
Menurutnya, laman sosial ini banyak kebaikannya, namun sebilangan remaja dan belia ketika ini menggunakannya ke jalan yang tidak betul, seperti mana yang berlaku baru-baru ini, ada pula yang memburuk-burukkan institusi diraja.
Beliau berkata, golongan belia sepatutnya menunjukkan kebaikan yang ada di dalam sistem laman sosial ini, tetapi lain pula yang berlaku sehingga ada yang menubuhkan kelompok benci-membenci, kutuk-mengutuk dan sebagainya.
Mat Adam berkata, jika dikira dari sudut agama, rangkaian sosial ini selari dengan ajaran Islam kerana ia membolehkan seseorang saling berhubung dan berkenalan namun lain pula yang dilakukan sebahagian daripada golongan muda sekarang.
Sementara itu, Hasnah Mohd Noor,54, berkata, penggunaan laman sosial ini bagus jika dipraktikkan ke jalan yang diredai seperti yang dilakukan oleh kebanyakan pemimpin di Malaysia.
“Seperti pepatah, terlajak perahu boleh di undur tetapi terlajak kata badan binasa,” katanya.
Beliau berkata, laman sosial ini banyak baiknya dari yang buruk tetapi janganlah terlalu berani bertindak sedemikian wa-laupun berbeza fahaman politik.
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment