Memo Air : Anwar ucap tahniah keberanian rakyat
KUALA LUMPUR, 6 Dis – Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, saf kepimpinan negeri dan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat kerana berjaya menyampaikan memorandum kepada Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin.
Mengulas kemenangan hasrat rakyat semalam, Anwar berkata Kerajaan Negeri Selangor komited untuk mempertahan dan melindungi rakyat Selangor dari kenaikan tarif air yang menekan dan melampaui batas.
“Dengan terserahnya memorandum ini ke peringkat yang tertinggi, maka kerajaan pusat tidak boleh mengambil sikap tidak endah,” tegas Anwar.
Semalam, sekurang-kurangnya 15,000 rakyat berpakaian serba merah mengiringi memorandum ini. Perarakan ini berhadapan dengan ketumbukan Unit Simpanan Persekutuan, yang mengangkat senjata dan meleraikan perarakan ini dengan kekerasan.
Kira-kira 48 dewasa ditahan semalam. Di Parlimen hari ini, Pakatan Rakyat mengecam keganasan pihak berkuasa.
“Polis menggunakan kekerasan dengan sewenang-wenangnya, menghalang perarakan aman semalam,” tegas Ahli Parlimen Dr Dzulkefly Ahmad. Turut bersama beliau adalah Ahli Parlimen Charles Santiago dan wakil badan bukan kerajaan, EMPOWER, Dr Mariah Chin.
Suara Rakyat Malaysia (Suaram) membidas keras operasi polis itu dan mengingatkan kerajaan pusat akan pendirian Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, Suhakam, berhubung perhimpunan aman rakyat.
“Suhakam menyatakan dengan jelas bahawa rakyat, berhak untuk berhimpun secara aman, selaras dengan hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” tegas wakil Suaram.

No comments
Post a Comment