Samy Vellu serah jawatan Presiden MIC hari ini

KUALA LUMPUR, 6 Dis – Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu berundur hari ini dan menyerahkan jawatan yang telah dipegangnya selama 31 tahun, kepada timbalannya Datuk G. Palanivel.

Bekas Menteri Kerja Raya berusia 74-tahun itu memberitahu sidang akhbar selepas mempengerusikan buat kali terakhir mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti bahawa naib-presiden dan Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam telah dilantik sebagai timbalan presiden.

Beliau berkata keputusan melantik Palanivel presiden kelapan parti dan Dr Subramaniam sebagai timbalannya dibuat oleh CWC.

Samy Vellu mengambil alih pucuk pimpinan parti pada 1979 selepas kematian presiden keenam Tan Sri V. Manickavasagam.

Palanivel, 61, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, adalah bekas setiausaha akhbar Samy Vellu.

No comments

Powered by Blogger.