25 Peneroka Tanah Suku Penan Serah Memorandum
KUALA LUMPUR, 6 Dis – Seramai 25 peneroka tanah Sabah dan Sarawak dari suku kaum Penan hadir di Parlimen hari ini membawa isu perampasan tanah oleh pemerintah.
Mereka menyerahkan memorandum mengadu nasib mereka kepada Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang.
Mereka diketuai oleh Timbalan Persuruhjaya Pas Negeri Sabah, Hamzah Abdullah dan Pengerusi ANAK, Mazlan Aliman.
“Pencabulan hak mereka dan perampasan tanah pribumi Sabah dan Sarawak telah berlarutan sekian lama, tanpa pemantauan, tanpa kawalan, tanpa pengadilan dari pemerintah. Kita tidak boleh benarkan keadaan ini berterusan,” kata Hamzah.
Sementara itu, Mazlan memberi masa sehingga Januari kepada kerajaan untuk menyelesaikan isu berbangkit.
“Sekiranya kerajaan tidak mempedulikan tuntutan ini, kami dan rakyat bersedia mengambil tindakan,” katanya.

No comments
Post a Comment