Pemuda Pas Perak Sokong Titah Sultan
IPOH, 8 Dis (Bernama) -- Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPNPk) Rabu menyokong titah Sultan Perak Sultan Azlan Shah bahawa orang Melayu yang mempertikaikan status agama Islam dan hak keistimewaan orang Melayu di negara ini telah menghina dan menderhaka bangsanya sendiri.
Setiausahanya Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata titah berkenaan bertepatan dengan situasi negara kerana mereka yang mempertikaikannya, bertindak tanpa berasaskan faktor sejarah dan bercanggah dengan Perlembagaan Negara.
"Perkara ini turut ditekankan PAS dan pakatan pembangkang yang bersepakat berdasarkan konvesyen tahun lalu yang akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan termasuk hak istimewa orang Melayu dan Raja Berperlembagaan.
'DPPNPk juga menyembah maklum akur dengan titah Sultan Azlan Shah kerana sejarah telah menyatakan bahawa kejatuhan empayar dan Kerajaan Islam dahulu adalah akibat pemimpinnya telah lalai terhadap tanggungjawab dan perintah agama," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Katanya DPPNPk komited mempertahankan Perlembagaan Malaysia.
Semalam, ketika merasmikan sambutan Maal Hijrah 1432 peringkat negeri, Sultan Azlan Shah mengingatkan agar umat Islam dan orang Melayu tidak terburu-buru mengambil sesuatu tindakan kerana dibimbangi akan merugikan masa depan dan generasi mereka sendiri.
Baginda bertitah amat malang kepada agama dan bangsa, apabila sejarah sebenar negara mahu dipadamkan dan fakta mahu diubah dan jika ini dibiarkan, tiada maknanya lagi apabila bangsa kemudian hari menghadapi kesesalan kerana ketika itu telah terpinggir di bumi sendiri dan Islam dilihat sebagai satu pegangan serpihan.

No comments
Post a Comment