Dewan Rakyat: Persidangan Kecoh, Shahrizat Terselamat Daripada Dipotong Gaji RM100
KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Bagaikan sudah menjadi kecenderungan, usul potong gaji dikemukakan sekali lagi pada Persidangan Dewan Rakyat dan kali ini giliran Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Usul memotong RM100 daripada gaji Shahrizat yang dicadangkan oleh Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) itu ditolak dengan undian suara yang menunjukkan majoriti anggota Dewan tidak bersetuju dengan usul tersebut.
Siti Zailah ketika membahaskan usul itu menyifatkan kementerian tidak telus dalam memberikan bantuan kewangan kepada rakyat miskin terutama di Kelantan serta mempersoalkan sejauh mana kementerian memantau setiap program bantuan agar diterima oleh mereka yang sepatutnya menerima.
Perbahasan bertukar hangat apabila Shahrizat yang bangun untuk menjawab, menyampaikan ucapan takziah kepada Siti Zailah atas pemergian anaknya ke rahmatullah dan memohon anggota Dewan yang beragama Islam untuk membaca Al-Fatihah.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar kemudiannya menegur Shahrizat dan menyatakan tindakan itu tidak selaras dengan peraturan mesyuarat.
Serentak dengan itu, beberapa anggota Parlimen pembangkang seperti Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) dan Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang) bangun dan menegaskan bahawa Menteri tidak seharusnya mencampuradukkan urusan rasmi dengan peribadi.
Anggota Parlimen kerajaan seperti Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) dan Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) pula cuba menyokong tindakan Shahrizat itu dan menyifatkan pembangkang sengaja mahu mempolitikkannya.
Wan Junaidi kemudiannya menegur anggota Dewan agar tidak membuat bising dan membenarkan Shahrizat meneruskan jawapan beliau.
"Saya selaku menteri yang antara lain menjaga kebajikan, jadi saya memang mengambil berat tentang isu seperti ini," jelas Shahrizat.
Semasa memberikan jawapan, Shahrizat berkata beliau faham mengapa usul potong gaji itu ditimbulkan sambil menambah beliau juga boleh mengemukakan usul yang sama terhadap Siti Zailah sekiranya beliau jahat hati.
"Saya faham kenapa Yang Berhomat bawa usul ini tetapi kalau hati saya jahat, saya nanti minta elaun Yang Berhormat dipotong sebab daripada maklum balas yang saya dapat Yang Berhormat tidak turun di Rantau Panjang menjaga pengundi dan rakyat yang ada," katanya.
Zuraida sekali lagi bangun dan menegaskan bahawa seorang menteri tidak boleh memiliki sifat dendam.
"Menteri tak boleh bersifat dendam. Ini peruntukan untuk tolak gaji, janganlah dendam. Jawab soalan, cakap macam itu buat apa," katanya.
Keadaan bertukar kecoh hampir lima minit apabila ramai anggota Dewan bangun dan menyatakan pendirian masing-masing sama ada menyokong atau membangkang kenyataan Shahrizat, menyebabkan Wan Junaidi terpaksa campur tangan untuk menenangkan mereka.
Jelas Shahrizat, kerajaan setakat ini telah membelanjakan RM840 juta untuk menjaga kebajikan 441,018 orang yang memerlukan bantuan termasuk pengundi di Rantau Panjang.
"Di Kelantan sahaja, lebih RM65 juta telah dibelanjakan untuk membantu 31,128 penerima walhal kerajaan negeri hanya mampu membelanjakan RM15 juta untuk tujuan yang sama" katanya.
Sebelum ini, Dewan Rakyat telah menolak usul memotong gaji Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau and Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Persidangan Dewan bersambung esok.
-- BERNAMA

No comments
Post a Comment