Proton : Saga FL baharu sasar jualan 6,500 setiap bulan
SHAH ALAM, 15 Dis – Proton Holdings Bhd menyasar menjual 6,500 unit sebulan Saga Facelift (Saga FL) yang baru dilancarkan, kata Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.
“Saga telah berada dalam pasaran lebih dua tahun dan dengan model yang diberi wajah baharu ini yang menawarkan ciri-ciri lebih menarik, saya rasa 6,500 unit adalah nombor yang realistik untuk dicapai,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Saga Facelift, di sini, hari ini.
Sejak pelancarannya pada Januari 2008, beliau berkata Saga meningkat ke kedudukan kedua model terlaris di Malaysia dengan jualan purata bulanan 6,200 unit.
Pada Oktober, beliau berkata Proton menjual kira-kira 204,150 unit dan menerima 245,030 tempahan.
Saga Facelift baharu itu tampil dengan dua varian, iaitu, 1.3 Standard dan 1.3 Executive, kedua-duanya dalam transmisi manual dan automatik.
Syed Zainal Abidin berkata 1.3 Standard manual berharga RM37,998 manakala 1.3 Executive automatik berharga RM43,298.
Saga Facelift itu tersedia dalam enam warna dan menampilkan reka bentuk dapra baharu, tukup, lampu puncak, gril depan, bampar depan dan belakang dan cermin sisi yang menggabungkan isyarat LED.
Model eksekutif, antara lainnya, menampilkan lampu kabus depan tambahan, rekaan baharu keluli aloi, spoiler belakang dan acuan pelindungi sisi bagi menjadikannya ia kelihatan lebih sporty.
-Bernama-

No comments
Post a Comment