Tiada rancangan jual QSR, KFCH – JCorp
KUALA LUMPUR: Johor Corporation (JCorp) berkata, pihaknya tiada rancangan untuk menjual aset berharga, QSR Brands Bhd dan KFC Holdings (M) Bhd, yang dipegang menerusi anak syarikat, Kulim (M) Bhd.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kamaruzzaman Abu Kassim berkata JCorp menceburi bidang perniagaan restoran makanan segera pada 2006 dan sejak itu menyaksikan pertumbuhan pesat dalam hasil pendapatan dan untung sebelum cukai (PBT – Profit Before Tax) pada purata 13.8% dan 3.7% setahun.
Hasil pendapatan dari segmen ini memberi sumbangan yang signifikan, masing-masing mewakili 47.5% dan 44.1% kepada hasil pendapatan Kulim dan PBT untuk tempuh tahun kewangan berakhir 2009.
"Tidak masuk akal untuk menjual perniagaan teras kami," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
JCorp memiliki 53% Kulim, yang memiliki 57.5% QSR. QSR sebaliknya memiliki 50.6% KFC.
Aset strategik dan berharga
Kamaruzzaman berkata QSR dan KFC kekal sebagai aset yang strategik dan berharga kepada JCorp dan keputusan ini sejajar dengan pengumuman Kulim dan QSR di Bursa Malaysia pada 29 November lalu bahawa mereka ingin menyimpan aset-aset dalam kumpulan JCorp.
"Seperti apa yang diberi tumpuan oleh pasaran, aset-aset ini sangat berharga bagi kami.
"Adalah satu keputusan yang tidak rasional jika melepaskan "perniagaan tunai" yang menguntungkan kerana kami akan menghadapi masalah untuk mencari pelaburan alternatif yang menyediakan pulangan yang serupa atau yang lebih baik," katanya.
Beliau berkata, bagi perniagaan QSR, terdapat pertumbuhan yang signifikan dalam industri makanan halal yang dianggarkan melebihi RM7 trilion untuk masyarakat Islam yang berjumlah kira-kira 1.8 bilion dari penduduk dunia.
"Dari segi komersial, pasaran pengguna Islam ialah yang paling pesat berkembang di dunia. Pasaran halal muncul sebagai salah satu arena yang lumayan dan berpengaruh di dunia hari ini dan KFC mahu merebut peluang di atas pertumbuhan ini.
Menjadi katalis bagi perkembangan
"Kedua-dua QSR dan KFC akan terus menjadi entiti yang strategik dalam kumpulan JCorp, termasuk menjadi katalis bagi perkembangan Kulim dan JCorp," kata Kamaruzzaman.
Beliau berkata, dengan penjelasan ini adalah diharap ia dapat menghentikan spekulasi mengenai hasrat JCorp untuk menjual aset strategik seperti QSR Brands yang memiliki KFC Holdings bagi melunaskan hutangnya.
Mengenai hutang JCorp sebanyak RM3.6 bilion yang tamat tempuh pada 31 Julai 2012, Kamaruzzaman berkata, terdapat program untuk menangani isu ini dan akan dilaksanakan sebagai sebahagian dari rancangan transformasi JCorp.
"CIMB Bank dan Maybank dilantik sebagai penasihat kewangan. Kedua-dua bank ini adalah pemberi pinjaman terbesar kami, yang memiliki bon bernilai RM3.6 bilion, yang tamat tempuh pada 2012," katanya.
"Obligasi hutang kami mampu kami uruskan dan kami tidak menghadapi masalah untuk melunaskannya. Oleh itu, spekulasi berhubung cadangan kami untuk menjual aset-aset berharga ini dicetuskan oleh mereka yang mempunyai niat yang tidak baik," katanya.
-theedgefinancialdaily

No comments
Post a Comment