Presiden MTUC: Peluang saya cerah – Syed Shahir
PETALING JAYA: Syed Shahir Mohamud berkata, peluangnya untuk mempertahankan jawatan presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) adalah cerah.
Ketika ditanya adakah saingan kali ini sangat sengit, ketua PKR Cabang Kelana Jaya berkata, ia sama seperti pertandingan sebelumnya.
"Tidak ada beza kali ini dengan yang sebelumnya," katanya kepada FMT hari ini. Syed Shahir, presiden MTUC sejak 2004 mendapat 14 pencalonan menghadapi cabaran Mohd Khalid Atan dari Kesatuan Pekerja-pekera Perhutanan memperolehi 18 pencalonan.
Kongres MTUC akan diadakan di bangunan Peladang di sini selama dua hari, esok dan lusa.
Isu gaji minima
Syed Shahir juga menjelaskan beliau mahu meneruskan beberapa usahanya sejak memimpin MTUC yang menurutnya belum menemui jalan penyelesaian.
"Paling penting ialah mengenai gaji minima yang telah kita perjuangkan sejak sekian lama,"katanya.
Isu ini sukar menjadi kenyataan kerana Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) telah menolak perlaksanaan gaji minima tersebut. Regu Syed Shahir, Abdullah Sani Abdul Hamid pula mencuba untuk jawatan setiausaha gung MTUC buat kali kedua setelah kalah kepada G Rajasekaran dalam pemilihan 2007.
Kira-kira 580 perwakilan dari 121 gabungan dijangka hadir dalam pemilihan kali ini. MTUC mempunyai kira-kira 800,000 ahli dari 400 gabungan tetapi atas sebab-sebab tertentu hanya 500,000 ahli sahaja yang sah.

No comments
Post a Comment