Gila! Umno Masih Bermimpi Pegang Kerajaan Selangor

Perlantikan SUK Selangor belum muktamad


SHAH ALAM, 27 Dis – Perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sebenarnya belum muktamad.

Ini adalah kerana cadangan perlantikan Datuk Khusrin Munawi oleh Ketua Setiausaha Negara tidak pernah dimaklumkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Justeru, Menteri Besar telah menghantar surat kepada DYMM Sultan Selangor memaklum bahawa beliau tidak dihubungi tentang cadangan tersebut.

Dalam pada itu Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan proses pemilihan bagi jawatan tersebut dengan menubuhkan sebuah panel temuduga sejajar dengan nota amalan (practice notes). Panel tersebut telah memilih tiga nama yang difikirkan sesuai untuk menjawat jawatan tersebut.

Menteri Besar kemudiannya telah menghantar tiga nama tersebut kepada DYMM Tuanku Sultan untuk mendapat perkenan. Sehubungan itu, Menteri Besar akan mengadap DYMM Tuanku Sultan pada 29 Disember 2010.

Bernama hari ini menyiarkan tentang perlantikkan Mohd Khusrin, 54, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru bagi menggantikan Datuk Ramli Mahmud, 56, yang menamatkan perkhidmatanya pada 31 Disember 2010.

Perlantikkan tersebut yang diumumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dalam satu kenyataan hari ini, turut menyatakan pelantikan Khusrin mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

No comments

Powered by Blogger.