DAP bentuk panel tiga pemimpin atasi isu ‘godfather’

Oleh Clara Chooi

KUALA LUMPUR, 13 Dis — DAP malam ini mengumumkan pembentukan jawatankuasa tiga pemimpin kanan untuk menyelesaikan pertikaian isu “godfather-warlord” antara pengerusi kebangsaan Karpal Singh dan timbalan ketua menteri Pulau Pinang Dr P. Ramasamy.

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mengumumkan keputusan itu pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) di ibu pejabat parti di sini malam ini.

“CEC telah memberi mandat kepada jawatankuasa tiga anggota yang terdiri daripada setiausaha agung iaitu saya, penasihat seumur hidup Dr Chen Man Hin dan (penasihat parti) Lim Kit Siang untuk menyelesaikan isu ini secepat yang mungkin,” kata beliau dan enggan menerima soalan daripada pemberita.

“Ini kenyataan yang hendak saya beri. Saya tidak akan, sebab sudah lewat, menerima sebarang soalan,” katanya lagi.

No comments

Powered by Blogger.