Kerajaan Setuju Lanjut Masa Pusat Hiburan Untuk Rakyat Miri. Rosak Akhlak Bila Ada Pemimpin Macam Ni!
Pusat hiburan buka hingga 3.30 pagi sempena Hari Krismas, Tahun Baru dan Tahun Baharu Cina
PUSAT BANDAR, 23 Disember— Kementerian Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti meluluskan permohonan untuk melanjutkan tempoh operasi pusat hiburan di bandar raya ini sempena Hari Krismas, Tahun Baru dan Tahun Baharu Cina.
Datuk Bandar Miri, Lawrence Lai berkata, tempoh operasi dilanjutkan ialah pada 24 Dis, 31 Dis dan 23 hingga 25 Jan 2012.
“Sebelum ini Majlis Bandaraya Miri (MBM) menghantar surat permohonan agar melanjutkan masa operasi pusat hiburan dan ia telah pun diluluskan,” katanya semasa sidang media di MBM hari ini.
Menurut Lai, pada waktu biasa pusat hiburan dibenarkan beroperasi mulai pukul 12 tengah hari hingga 2.30 pagi dan untuk tarikh tersebut ia dilanjutkan hingga pukul 3.30 pagi.
Dalam pada itu, Lai mengambil kesempatan mengucapkan selamat Hari Krismas kepada warga Miri yang meraikannya dan beliau berharap orang ramai yang balik kampung sentiasa berwaspada di jalan raya.
“Harus diingat Sarawak mempunyai 370 kes dengan kadar satu kes kemalangan setiap hari. Justeru, berhati-hati di jalan raya, periksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan dan jangan memandu dibawah pengaruh alkohol,” katanya.
No comments
Post a Comment