Kronologi: ‘Cap jari PM ada di mana-mana dalam kes ini’ – Peguam
5.07 petang: Peguam Karpal Singh mohon mahkamah disambung pada jam 1.30 petang esok kerana Ahli Parlimen perlu menghadiri upacara angkat sumpah Yang Di Pertuan Agung yang baru. Hakim Zabidin bersetuju dan mahkamah akan bersidang semula jam 1.30 petang esok.
3.35 petang: Peguam Ramkarpal Singh sekarang mengambil tempat untuk menggulung hujah.
3.25 petang: Sankara percaya Najib terlibat dalam kes Fitnah II dan menyifatkan penglibatan Najib amat jelas kerana ‘cap jari beliau kelihatan di mana-mana sahaja di dalam kes ini.’
“Pertama, pertemuan di antara Najib dan tertuduh. Kedua, kenyataan Najib yang bercanggah sepanjang perbicaraan berlangsung,” kata Sankara yang turut mempertikai keengganan Najib dan Datin Seri Rosmah untuk hadir di mahkamah.
“Jika mereka tiada apa-apa untuk disorok, kenapa ketepi sapina,” kata Sankara yang juga mempertikai penglibatan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Rodhwan Yusof dalam kes ini.
“Atas kapasiti apa Rodhwan berjumpa Saiful? Beliau tidak ada urusan dalam kes ini,” katanya.
3.15 petang: Sankara percaya Saiful tidak pernah berada di dalam kondominium tempat kejadian didakwa berlaku. Malah, pendakwa raya juga gagal membuktikan Saiful berada di tempat kejadian.
“Apa yang pendakwa raya ada cuma rakaman CCTV yang tidak jelas,” kata Sankara yang menyatakan bukti cecair pelincir KY Jelly juga tidak boleh diguna pakai dalam kes ini.
“Bukti KY Jelly tidak boleh digunakan kerana ia tidak pernah langsung diuji,” kata Sankara.
2.44 petang: Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong tiba di galeri awam mahkamah.
No comments
Post a Comment