Janji makmur manifesto BN rupanya bawa celaka

Pengundi terutama yang memangkah Barisan Nasional (BN) akhirnya tertipu dengan janji makmur sebagaimana yang ditawarkan dalam manifesto BN pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Tindakan kerajaan menaikkan harga minyak pada 4 Jun lalu, bertentangan dengan janji BN ketika pilihan raya umum lalu untuk memberi kemakmuran kepada rakyat.

Sebelum ini Umno menuduh kerajaan Pakatan Rakyat gagal menunaikan janji manifesto pilihan raya umum lalu, terutama di Selangor. Kemampuan kerajaan PKR Selangor sering dipertikai.

Umno mengambil peluang menyerang negeri itu melalui media massa kononnya PKR gagal tunai janji manifesto walaupun berkali diterangkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa kerajaannya memerintah hanya beberapa bulan.

Bagaimanapun katanya kerajaannya telah berjaya menunaikan banyak perkara sementara selebihnya akan dilakukan secara berperingkat.

Persoalannya, siapa pada hakikat sebenarnya telah memungkiri janji secara terang dan nyata? Bagi kerajaan Pakatan Rakyat, mereka sedang berusaha menunaikan janji manifesto walaupun mungkin sebahagiannya mengambil masa kerana melibatkan undang-undang, kewangan dan pentadbiran serta kajian semula tentang data sosial ekonomi rakyat.

Tetapi Umno secara nyata dan terangan telah melanggar janji dan memungkiri apa yang telah ditaburkan kepada rakyat sebelum pilihan raya umum 8 Mac iaitu 'Selamat, Aman dan Makmur'.

BN begitu manis serta lunak mengajak rakyat supaya terus menyokong mereka dengan kempen 'Selamat, Aman dan Makmur' sehingga rakyat termakan hasutan dan bersedia memberi peluang BN memerintah negara lagi walapun ketika itu pembangkang turut menawarkan janji manifesto yang terbaik.

Rupanya kemanisan BN seperti gula bukannya madu dan akhirnya membawa penyakit kencing manis. Siapa yang termakan dakyah manis kempen BN akhirnya terasa sakit hati kerana minyak naik sedangkan sebelum itu dijanjikan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak bahawa minyak tidak naik.

Bagi yang sudah tahu rupa paras dan tipu helah BN sudah lama 'sakit hati' tetapi mereka yang baru 'sakit hati' makin bertambah lebih 'sakit' kerana boleh dimaki hamun orang yang bertanggung jawab menaikkan harga minyak.

Makmur sebagaimana dijanjikan BN sudah terasa tidak makmur lagi. Dalam kerajaan BN yang dikatakan makmur tetapi makmur untuk kroni atau kekayaan berpusing dan beredar di kalangan tertentu sahaja.

Sebagaimana maksud Firman Allah dalam Suratul Haj: "Apa-apa hasil negara yang dihasilkan dalam sesebuah negeri, maka hasil itu bagi Allah dan Rasul yakni bagi kepentingan umum. Bagi mereka yang memerlukan pertolongan di kalangan keluarga orang-orang miskin, anak yatim dan orang musafir yang memerlukan bantuan supaya harta negara tidak berpusing di kalangan orang-orang yang tertentu sahaja."

Apa erti makmur? Mengikut Kamus Dewan makmur membawa maksud mempunyai hasil yang banyak sama ada daerah, negeri atau negara dan lain-lain. Ia juga bermakna mempunyai banyak penduduk yang cukup kehidupannya. Makmur juga bererti hidup mewah, serba cukup dan tidak berkurangan apa pun.

Bagaimanapun semua itu belum mampu dikecapi oleh sebahagian rakyat dalam pemerintahan Umno sebaliknya ditambah lagi oleh kenaikan harga petrol sehingga 40.6 peratus dan diesel sebanyak 63.3 peratus menyebabkan ramai rakyat makin miskin.

Kajian Presiden Yayasan Strategik Sosial, Dr Denison Jayasooria mendakwa kadar kemiskinan di Malaysia sebenarnya lebih 30 peratus dan bukannya 5.7 peratus seperti yang diumumkan oleh kerajaan.

Purata pendapatan bulanan isi rumah rakyat Malaysia ialah sebanyak RM3,686 mengikut yang diumumkan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, bermakna garis kemiskinan ialah separuh daripadanya iaitu RM1,843.

Kadar kemiskinan 5.7 peratus adalah mengikut dasar pengiraan 2005, garis kemiskinan untuk seluruh negara adalah RM691 bagi pendapatan bulanan, manakala bagi Semenanjung pula jumlahnya RM661, Sabah (RM888) dan Sarawak (RM765).

Menurut Denison yang juga pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) mengikut kiraan 2005 hanya digunakan oleh negara miskin dan tidak layak diamalkan oleh Malaysia kerana ia perlu mengambil kira taraf hidup isi rumah bukan semata-mata keperluan asas sahaja.

Sementara itu, di Dewan Rakyat, Isnin lalu, Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng daripada DAP mencadangkan kepada kerajaan memberikan RM6,000 setahun kepada keluarga berpendapatan RM6,000 ke bawah sebulan.

Beliau membuat cadangan tersebut tentu sekali mengikut autoritinya berkelulusan akauntan dan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Bagaimanapun cadangan tersebut perlu menambah pembaikan kerana keluarga miskin akan tetap miskin jika imbuhan RM500 sebulan dicampurkan dengan pendapatan isi rumah masih tidak mampu mengatasi garis kemiskinan.

Kerajaan boleh memberi elaun kepada keluarga miskin yang berpendapatan di bawah paras kemiskinan RM1,843. Kadar elaun hendaklah mengikut kekurangan yang perlu ditampung bagi membolehkan pendapatan keluarga melepasi garis kemiskinan.

Cadangan ini lebih baik daripada memberi RM6,000 setahun kepada mereka berpendapatan bawah RM6,000 sebulan kerana ia boleh mengatasi masalah kemiskinan.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah mencadangkan supaya diberi elaun mengikut bilangan anak kepada rakyat yang layak atau miskin.

Mengikut kebiasaannya semakin ramai bilangan anak maka makin bertambah perbelanjaan keluarga. Keadaan ini sudah tentu meningkatkan bebanan kepada keluarga miskin. Jadi langkah sebaiknya meningkat keharmonian keluarga memberi elaun mengikut kepala jumlah ana

No comments

Powered by Blogger.