Nik Aziz: Tuduhan boleh calar imej pembangkang
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tuduhan terbaru terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh mencalarkan imej pembangkang dan polis perlu
menyiasatnya secara terperinci, demikian menurut laporan Bernama.
Agensi berita nasional itu memetik beliau sebagai berkata, tuduhan itu juga boleh dikaitkan dengan konspirasi untuk menjatuhkan seseorang pemimpin parti politik seperti Anwar.
"Ye lah (tuduhan) ini boleh mencalarkan imej (pembangkang) dan saya sebagai ketua kampung (Mursyidul Am PAS) sedih kenapa ada tuduhan seperti ini," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu, hari ini.
Beliau berkata demikian merujuk kepada laporan polis di Balai Polis Travers, oleh seorang lelaki berumur 23 tahun yang mendakwa diliwat oleh pemimpin itu pada 26 Jun lalu di sebuah tempat di ibu negara.
Anwar bagaimanapun menafikan dakwaan meliwat pembantunya itu sambil menyifatkan dakwaan terbaru itu "hanya rekaan semata-mata" yang bertujuan untuk menyekat kebangkitan karier politiknya selepas pakatan pembangkang mencapai kemenangan besar pada pilihan raya umum Mac lalu.
Nik Aziz berkata dalam Islam tuduhan berat seperti itu memerlukan saksi bagi mengelakkan tertuduh menerima aib.
"Tuduh menuduh seperti ini kena ada saksi. Liwat ni orang tak buat tengah jalan, dia buat sulit jadi kena ada saksi.
"Boleh jadi ini konspirasi juga kerana mereka pemimpin politik. Tetapi tidak tahu lah (benar atau tidak)," katanya.
Kebenaran akan terbukti
Beliau juga kecewa dengan fitnah yang juga banyak dilemparkan di blog-blog tertentu yang membabitkan pemimpin negara.
Sementara itu, ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali turut terkejut dengan isu terbaru itu dan meminta polis menyiasatnya secara terperinci dan telus.
"Tunggulah siasatan pihak polis dan mana-mana pihak jangan buat keputusan sendiri," katanya.
Di Pulau Pinang, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata jika dakwaan itu dibuat untuk menjatuhkan Anwar, kebenaran akan terbukti.
"Seperti yang Datuk Seri (Anwar) cakap, tunggu dan lihat kerana kebenaran akan terdedah dengan sendiri. Laporan polis sudah dibuat, jadi tunggu saja siasatan itu, kita serahkan pada polis.
"Sekiranya dakwaan itu hanya dibuat dengan bertujuan untuk menjatuhkan Anwar, kebenaran akan terbukti juga lambat-launnya," kata Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang kepada pemberita hari ini.
Ketika ditanya sama ada dakwaan itu akan menjejaskan imej Pakatan Rakyat, Lim yang enggan mengulas lanjut berkata semuanya bergantung kepada siasatan polis untuk mencari kebenaran.

No comments
Post a Comment