Ezam ! Buktikan sumpah anda…

Oleh abufaiz

"

a
Bekas Ketua Pemuda PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor ketika berceramah di Kuala Terengganu baru-baru ini bersumpah dengan nama Allah SWT dan Rasul akan menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari menjadi Perdana Menteri kerana ‘prinsip seorang Muslim. Beliau sedia untuk ‘all-out’ bagi menghalang Anwar dari menjadi Perdana Menteri ‘atas sebab-sebab tertentu’.


“Saya bukan jenis orang yang suka mengaibkan orang lain, tapi jangan cabar saya,” kata Ezam. Dalam ceramah itu, Ezam menjelaskan politik cara Anwar Ibrahim akan menghancurkan kestabilan negara dari segi keselamatan dan ekonomi.



“Dengan nama ALLAH saya tinggalkan Anwar atas prinsip sebagai seorang Muslim yang berpegang kepada prinsip Islam yang tidak membenarkan saya membantu beliau menjadi pemimpin dalam apa cara sekalipun,” sumpah Ezam.


Kenyataan Ezam ini mengatakan bahawa Anwar Ibrahim (DSAI) tidak layak dan wajib dihalang daripada menjadi PM atas prinsip Islam yang dilanggarnya.


Sebagai seorang Islam dan telah bersumpah dengan nama ALLAH yang esa, Ezam WAJIB menjelaskan kepada rakyat Malaysia apakah “prinsip seorang muslim” yang memerlukan beliau menghalang DSAI daripada menjadi Perdana Menteri. Ezam juga wajib menjelaskan apakah dosa-dosa atau cara politik DSAI atau “sebab-sebab tertentu” sehingga menyebabkan beliau tidak layak menjadi PM atau boleh menghancurkan negara.

Bagi saya Ezam adalah BERDOSA jika tidak mendedahkan kepada rakyat kenapa DSAI tidak layak menjadi PM. Saya percaya jika Ezam mendedahkan sebab2nya dan jika terbukti benar apa yang dikemukakan Ezam, TG Nik Aziz & TG Hj Hadi sendiri akan mengisytiharkan PAS tidak lagi akan menyokong DSAI menjadi PM disebabkan prinsip2 Islam yang dikatakan oleh Ezam.


Ezam tidak boleh menggertak sahaja atau jika dicabar baru hendak dedahkan kepada umum. Ini sudah menjadi kewajipan Ezam, berdosa jika Ezam menyembunyikan kebenaran, jika apa yang disembunyikan itu boleh menyebabkan kerosakan kepada agama dan negara. Ezam tidak perlu tunggu berada di dalam UMNO untuk mendedahkan kebenaran yang diperkatakannya itu.


Tetapi Ezam perlu ingat
, apa yang diperkatakannya hendaklah benar dan tiada yang tidak benar melainkan benar2 belaka. Jika tidak Ezam sebenarnya adalah seorang yang FASIK sebagaimana ayat berikut :

Jika datang kepada kamu seorang yang FASIK membawa sesuatu berita, hendaklah kamu selidik terlebih dahulu, semoga kamu tidak menghukum sesuatu kaum dengan sebab kejahilan kamu (atas perkara yang disampaikan itu)”


Pesanan untuk Ezam, jadilah muslim yang baik. Jangan mereka2 cerita jika tiada (FASIK) disebabkan kepentingan politik. Kita juga menunggu2 kebenaran fail rasuah yang berkotak2 yang dikatakan Ezam ketika dengan PKR & GERAK. Adakah kebenaran itu sudah tiada? Atau Ezam BOHONG pasal kotak2 rasuah UMNO/BN itu disebabkan ketika itu berada dalam PKR? Adakah Ezam boleh dipercayai atau memang Ezam seorang yang FASIK? Dalam PKR lain, dalam UMNO semula lain?


Kebenaran tetap kebenaran tidak kira Ezam berada dimana, PKR @ UMNO.

kunjungi : http:abufaiz70.wordpress.com

No comments

Powered by Blogger.