Kes Baru DSAI sebenarnya untuk siapa?

" Cepat betul Paklah nafi penglibatan kerajaan BN dalam kes lewat DSAI kali kedua ini,

selalunya jika cepat sangat menafikan tu mungkin ada apa-apa. Ingat Paklah kata ‘tidak’ mesti dibaca ‘ya’. Mari fikirkan.

Seperkara lagi ialah semasa pilihanraya kecil Ijok dan PRU12 orang yang sering menggunakan perkataan main belakang tak lain tak bukan budak nakal tingkat empat. Lihat http://www.youtube.com/watch?v=111oio0NaQU
dia banyak duit, budak yang buat tuduhan ini drop-out UNITEN nak hidup glamour dan apakah dia dah dibeli. Mari fikirkan.

Kita lihat lai gambar pertama yang didedahkan oleh DSWA ialah gambar Saiful Bukhari@musang di hadapan pejabat TPM bersama orang kuat TPM, mungkinkah ini juga satu agenda pihak tertentu untuk memusnahkan kerier politik Najib ? Siapakah yang berkepentingan untuk menjatuhkan Najib. Fikirkanlah.

Berundur sedikit kepada suasana Pra PRU12, kita ada mendengar beberapa orang pendukung PKR mengandaikan bahawa jika BN tewas mungkin akan berlaku pengistiharan Mageran, mengambil kira keghairahan dan peryaan parti-parti PR yang mungkin boleh mencetuskan suasana tidak stabil seperti berlaku ketika Selangor kecundang ditangan pembangkang dalam tahun 1969 (Trajedi 13 Mei). Perayaan yang terlampau tidak berlaku pendokong dan penyokong PR lebih matang dan beradab dalam menyambut kejayaan. Justeru itu satu lagi kejutan dibuat menaikan harga minyak dengan gila-gila berharap rakyat bangun dan berarak di jalan raya. Namun ianya tidak berlaku juga… jika betul ada rancangan pengistiharan Mageran ianya masih gagal dilaksanakan. Maka tidak mungkinkah kes DSAI ini memungkinkan perlaksanaan Mageran, apabila rakyat akan marah dan keluar kejalanraya membantah seperti tahun 1998? Fikirkanlah.

Maka penyokong dan pendokong PR perlu berhati-hati dalam melaksanakan sebarang tindakan demi terperangkap dalam suasana yang memungkin kerajaan BN yang nazak ini daripada berpeluang melaksanakan agenda-agenda jahat mereka.

Perlaksanaan Mageran bermakna Parlimen dibubarkan dan kuasa urus tadbir negara teletak dibawah PM dengan bebrapa figure tertentu yang dipersetujui oleh DYMM Agong ATAS NASIHAT PM.

Akhir Qalam : Kenaikan harga itu begitu besar hanya untuk kepentingan keluarga Badawi, menonjolkan semula imej KJ, menantu tersayang – lihatlah bila dia cuba menjadi wira dengan mencadangkan pemansuhan cukai jalan dan TOL antara perkara yang diperjuangkan oleh PR.

Menyalurkan wang ehsan kepada pemilik kenderaan melalui Pos Malaysia, berbilion RM dimasukan ke Pos Malaysia, siapa yang akan mengaut keuntungan dari simpanan tetap berbilion itu, ECM Libra siapa di sebalik ECM Libra….. Apakah bank-bank lain tidak boleh turut sama dalam pengagihan wang ihsan ini…… ?

Fikirkanlah ya…. "

No comments

Powered by Blogger.