Anwar terima ancaman bunuh
Dalam sidang media Parti Keadilan Rakyat di Hotel Quality, Shah Alam tengah hari tadi, Timbalan Presidennya, Dr. Syed Husin Ali memberitahu media bahawa Anwar Ibrahim telah menerima ancaman bunuh.
Syed Husin Ali berkata, apa yang berlaku bukan sahaja satu cara untuk membunuh politik Anwar tetapi “kalau boleh untuk membunuh beliau sendiri”.
Diatas dasar tersebut, Parti Keadilan Rakyat tidak membenarkan saudara Anwar Ibrahim untuk menghadiri sidang media parti tersebut.
Maklumat terkini yang diterima, Kedutaan Turki telah menerima untuk melindungi Anwar di kedutaan tersebut diatas sebab ancaman bunuh yang diterima oleh penasihat PKR tersebut.
Sementara itu sewaktu sidang media berjalan, lebih kurang 1000 penyokong parti tersebut berkumpul untuk menyatakan sokongan kepada bekas timbalan perdana menteri tersebut sambil melaungkan slogan “reformasi”.
Situasi ini tidak ubah seperti apa yang berlaku pada tahun 1998. Kelihatan begitu ramai “orang-orang lama” Reformasi berada di Hotel Quality tersebut.
No comments
Post a Comment