Aku baru tahu, rupanya kerajaan BN kita tidaklah secerdik mana
Mengapa Bodoh Sangat Mereka Mengurus Harta Negara
Aku baru tahu rupanya bukan semua hasil dari telaga minyak di Malaysia ini milik Petronas. Rupanya sebahagian hasil petroleum berkenaan turut dimanipulasi oleh syarikat-syarikat minyak asing yang mendapat kontrak daripada Petronas untuk kerja-kerja cari gali.
Aku juga baru tahu rupanya negara kita mengeksport kesemua hasil petroleum kita ke luar negara. Kemudian Petronas membeli petroleum dari pasaran dunia dan menjualnya kepada Petronas Dagangan untuk agihkan kepada semua syarikat penjual minyak, termasuk syarikat luar seperti Shell atau Esso. Patutlah kita tak boleh kawal harga minyak dalam negara dan harga minyak kita naik ikut harga pasaran dunia, walaupun kita negara pengeluar minyak. Rupanya minyak yang kita guna sebenarnya ialah minyak yang dibeli dari pasaran dunia - bukan hasil daripada petroleum negara.
Aku juga baru tahu rupanya kerajaan BN kita memberikan subsidi petroleum kepada semua syarikat penjual minyak, termasuk syarikat dari luar negara. Patutlah kerajaan BN kita asyik mengeluh konon dah tak mampu nak bayar subsidi. Rupanya kerajaan BN kita terlalu pemurah.
Aku juga baru tahu, rupanya kerajaan BN kita tidaklah secerdik mana dalam bab menguruskan khazanah negara, termasuk bahan berharga seperti petroleum. Cara dia jual hasil petroleum rupanya tak banyak beza dengan cara depa jual ayak kat Singapore. Rupa-rupanya ini lah dia kerajaan yang dibangang-bangang, oph silap… dibangga-banggakan oleh Tan Sri Aziz Tapa dengan Tan Sri Aishah Ghani, veteran UMNO totok, oph silap lagi… tu.
By: Kelisa
No comments
Post a Comment