Dr Wahbah Zuhaily:Islam Hadhari Sesat Dan Menyesatkan
Tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Dato' Haji Pandikar Amin Mulia membenarkan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak membentangkan ucapan sokongan Penilaian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) yang dikemukakan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi minggu lepas, telah menyebabkan ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat tidak berpuas hati.
Mereka lantas bangkit mengemukakan bantahan serta memohon penjelasan Pandikar atas kebenaran yang diberikan kepada Najib bagi menghuraikan hal tersebut.
Namun Pandikar memberikan alasan bahawa pembentangan yang dibuat Abdullah sebelum ini tidak lengkap, tidak mencukupi serta mempunyai kelemahan.
Untuk itu, kesemua ahli parlimen Pakatan Rakyat bertindak keluar daripada dewan sebagai tanda protes.
"Alasan yang dikemukakan speaker tidak dapat kami terima, kerana ia secara tidak langsung mencerminkan kelemahan Perdana Menteri," kata Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena).
Tegasnya, ia tidak ditambah pada ketika ini memandangkan beliau boleh berbuat demikian pada sesi penggulungan.
"Kalau beliau ingin membuat apa-apa penambahan mahupun penjelasan, beliau boleh menggunakan peluang ketika sesi penggulungan nanti.
"Persoalannya sekarang, kenapa baru sekarang hendak membuat tambahan, kalau tidak cukup ruang semasa pembentangan sebelum ini, buat semasa sesi penggulungan," katanya.
menurut Mahfuz, ianya hanya akan menghabiskan masa yang diperuntukkan untuk perbahasan sidang dewan.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian) pula berpendapat tindakan speaker membenarkan ucapan tambahan oleh najib sebagai melanggar peraturan mesyuarat sidang dewan.
"Tindakan kami keluar adalah sebagai membantah ucapan Najib yang ternyata melanggar konvensyen dewan ini," katanya ketika ditemui di lobi parlimen.
Jelasnya, ia membuktikan bahawa terdapat kelemahan dalam ucapan Perdana Menteri selain membuang masa sidang untuk mendengar penjelasan tambahannya.
Dalam perkembangan yang sama, Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali (PAS-Gombak) mempertikaikan tindakan Abdullah yang mewakilkan timbalannya untuk membentangkan penjelasan tersebut sebagai bukti kelemahannya.
"Kenapa PM wakilkan kepada orang lain? Kita tidak mahu terima penjelasan TPM," katanya.
Tegasnya, ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat tidak perlu memberikan reaksi kepada kenyataan tambahan selain apa yang berlaku menjelaskan kelemahan Abdullah yang sangat ketara.
"Kenapa kita perlu respond kepada kenyataan tambahan?" katanya.
Sebelum ini, Mahfuz (PAS-Pokok Sena), Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) berkali-kali bangkit menegur keputusan Pandikar yang memberikan ruang kepada Najib bagi membentangkan ucapan tambahan bagi pihak Perdana Menteri.
"Tan Sri tidak boleh menggunakan ruang untuk perbahasan untuk membuat penjelasan, ini peraturan mesyuarat dan kita kenalah ikut.
"Kalau tidak ia tidak bererti," tegasnya.
namun, Pandikar menegaskan bahawa sekiranya Lim tidak berpuas hati dan ingin mengemukakan bantahan atau pandangan ianya hendaklah dibuat dalam bentuk usul.
"Tetapi itupun saya tidak jamin akan menerimanya," katanya.
Beliau berulang kali mengingatkan ahli-ahli parlimen yang terdiri daripada kalangan intelektual agar dapat menerima keputusan bagi meneruskan sidang untuk mendengar ucapan Najib.
"Semua yang ada di sini ramai yang terdiri daripada peguam-peguam terkenal, harap dapat fahami keadaan dan terima keputusan ini,"
Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) juga beberapa kali membacakan peraturan mesyuarat.
Walaupun begitu ianya tidak diendahkan langsung Speaker, menyebabkan semua ahli-ahli parlimen Pakatan Rakayat meninggalkan dewan. - mr_

No comments
Post a Comment