2 calon guru ditangkap berbogel, insaf dan bertaubatlah bagi yang terlibat!

OLEH: Sdr. Zainulfaqar Yaacob

SEPANDAI-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah yang berlaku di pada sepasang romeo juliet ‘muslim’ di Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang (IPP).

Dua calon guru di IPP bulan lepas telah ditangkap dalam keadaan bogel dalam bilik kuliah di sini. Masing-masing baru lepas habis memuaskan nafsu serakah dan langsung tidak takut dengan amaran Allah.


Mat Di (bukan nama sebenar) adalah ana jati Pulau Pinang manakala Sarah (bukan nama sebenar) adalah anak jati Kedah.

Sebelum ini, pasangan memualkan ini puas dinasihati oleh aktivis-aktivis dakwah di sini. Mereka langsung tidak menghiraukan nasihat agama tersebut.

Lebih dari itu, kedua-dua pasangan ini sanggup beberapa kali bercumbu di khalayak ramai, di kafeteria, dalam bilik kuliah hatta di stesen bas apabila tindak tanduk sumbang mereka ditegur oleh masyarakat maktab.

Mereka selalu menggunakan alasan kebebasan bertindak sebagai lesen untuk peluk cium, raba, cumbu dan macam-macam maksiat lagi.

Selepas ditangkap, barulah pasangan ini tahu langit Allah ini rendah atau tinggi. Mereka yang sepatutnya disingkirkan dari maktab hanya didenda RM500 setiap orang.

Kejadian tersebut telah menjadi fenomena di sini. Aktiviti coupple semakin berkurangan.

Tahniah kepada kaum Pensyarah yang telah bertindak tegas. Tahniah juga kepada masyarakat calon-calon cikgu di sini.

Yang masih terlibat dalam aktiviti maksiat, segeralah bertaubat kerana Allah yang maha berkuasa mempunyai banyak cara untuk menghina kita di maya pada fana’ ini.

Bagi golongan du’at kampus, teruskan usaha dakwah kalian kerana Allah s.w.t senantiasa bersama dengan kalian. ISTIQAMAH MENGASAK PERJUANGAN!!!

------------------------------

P/S: Aktivis dakwah disarankan bawah digcam sebab mudah nak dapatkan bukti maksiat. Dulu-dulu, budaya paparazi berani mati dalam kalangan aktivis PMIUM pernah jadi fenomena dakwah di Bukit Cinta UM. Setidak-tidaknya, golongan ma'asi ini akan bimbang masyarakat menghina mereka kelak jikalau mereka tidak rasa kemurkaan Allah time melakukan maksiat. cuba ya....

No comments

Powered by Blogger.