Isa kecewa niat disalah tafsir
KUALA LUMPUR 27 Jun - Bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad kecewa kerana ada pihak yang beranggapan beliau kononnya terburu-buru mahu kembali ke arus perdana politik UMNO.
Kata beliau, tindakannya menghadiri beberapa majlis sejak kebelakangan ini ditafsirkan sebagai ingin segera aktif dalam parti.
Menurut Mohd. Isa, beliau tidak berniat berbuat demikian sebaliknya kehadirannya pada majlis-majlis tersebut adalah sebagai memenuhi jemputan semata-mata.
Malah, katanya, jemputan itu diterima ketika beliau masih dalam penggantungan lagi.
Jelasnya, beliau hanya digantung daripada jawatan Naib Presiden dan bukannya dipecat sebagai ahli UMNO seperti yang difikirkan sesetengah pihak.
"Daripada dahulu saya menghadiri program dan majlis tertentu, ini semua salah faham, saya bukan dipecat dan selama ini saya terus menyokong parti, saya hadir membantu banyak pilihan raya kecil dan umum," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Mohd. Isa berkata, selama ini, beliau telah memainkan peranannya sebagai seorang ahli UMNO yang perlu sentiasa membantu parti.
BertandingDalam pada itu, beliau tidak menolak kemungkinan bertanding merebut kembali jawatan asalnya itu pada pemilihan parti, Disember ini.
Bagaimanapun katanya, sebarang langkah ke arah itu adalah berdasarkan maklum balas sokongan yang diberikan oleh para penyokongnya di peringkat akar umbi.
Mohd. Isa berkata, jika sokongan itu padu dan positif beliau akan bertanding pada pemilihan parti kali ini.
"Saya tidak boleh ikut kehendak hati, saya kena ikut kemahuan para penyokong saya," katanya.
Mohd. Isa boleh menawarkan diri untuk bertanding pada pemilihan parti Disember ini dengan syarat beliau menjelaskan yuran tahunan.
Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan menentukan sama ada jawatan yang pernah dipegang Mohd. Isa sebagai Naib Presiden UMNO akan dikembalikan kepada beliau memandangkan penggantungannya telah berakhir secara rasmi semalam.
Bagaimanapun jelasnya, kemungkinan jawatan itu dikembalikan kepada Mohd. Isa adalah tipis jika dilihat kepada kes-kes sebelum ini.
"Kalau begitu mungkin Zaid Ibrahim (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) akan kembali menjadi Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, tetapi contoh sebelum ini ialah jawatan tidak akan dikembalikan (selepas pergantungan berakhir)," katanya ketika ditemui pada Program Pembasmian Kemiskinan Bandar, di sini hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika ditanya mengenai jawatan berkenaan selepas Mempengerusikan Mesyuarat MT UMNO semalam berkata perkara itu belum dibincangkan lagi.

No comments
Post a Comment