Starbucks beroperasi di IPTA - idea TOLOL Kementerian Pengajian Tinggi

Oleh nestapa

" Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron berkata,

“Saya terfikir kenapa tidak kita bawa Starbucks ke universiti kalau usaha ini boleh menggalakkan pelajar melakukan perbincangan di kafe yang menyediakan perkhidmatan Wi-Fi,” katanya selepas menutup Konvensyen Pengetua dan Kolej Kediaman IPT Peringkat Kebangsaan di sini.

Idris menambah: “Saya tidak nampak ada halangan atau masalah yang akan timbul tetapi kafe-kafe itu mesti beroperasi di pusat tumpuan pelajar.Katanya, kewujudan kafe-kafe francais di IPTA akan meningkatkan lagi keselesaan para penuntut IPTA kerana kemudahan Internet membantu pembelajaran mereka.(berita asal dari utusan online)



1.Kenapa mengharapkan kafe yang menyediakan wi-fi percuma? Kenapa tidak IPTA sendiri yang menyediakannya? Kalau IPTA yang sediakan, mungkin pelajar boleh berbincang walaupun di asrama tanpa perlu berbelanja mewah. Kali terakhir saya minum di starbuck, (tak ingat apa nama air dia. tapi kopi campur cincau lebih kurang gitu lah.. )harganya kalau tak silap RM15 segelas. Tahap itukah taraf hidup pelajar kita? PTPTN cover ke kos minum kat starbuck?

2. Halangan tidak akan timbul dalam menubuhkan / membawa masuk starbuck ke IPTA cuma membebankan pelajar yang terpaksa mengubah gaya hidup untuk mengelak dari dicop poyo oleh kawan2 yang mampu lepak di starbuck. Alah, tak payah jauh...anak2 sekarang nak pakai kasut Fung Keong pun tak nak, malu sebab kawan2 pakai Nike! Membawa masuk starbuck dll jenama import ke IPTA hanya akan membentuk generasi pelajar bercitarasa mewah saja.

3.Selesa ke berbincang hal2 pelajaran di kafe? Betul ke bincang hal pelajaran? Adakah modul pelajaran dan referrence semua online? Kalau ikut motivasi Dr Fadhilah Kamsah, time belajar jangan tengok TV, jangan dengar lagu...tak masuk! Ini belajar sambil lepak, bukan belajar namanya. Kalau tak chatting,... myspace. Tak pun YM dll.

Saya nampak ada unsur kepentingan individu di sini dalam memasukkan jenama franchise ke IPTA. Dulu saya pernah masuk tender mengusahakan kafe di IPTA. Soalan penemudga adalah adakah pernah ada kafe lain di lain2 IPTA sebab sekiranya ada, maknanya bisness kukuh. Merit lebih sikit, chances utk dapat tender lebih sikit! Jadi dgn memasukkan jenama2 yang establish seperti starbuck ini dah tentu mereka kukuh. Tetapi adakah sesuai dengan budaya dan kemampuan pelajar kita yang rata2 bergantung kepada PTPTN? Tak ke tolol idea ni?


Pernah dulu ada kenalan memberi idea untuk mewujudkan satu kad pintar kepada penuntut sebuah kolej persediaan. Setiap pelajar kolej mendapat duit elaun, contohnya 300 sebulan. Duit itu akan dimasukkan ke dalam kad pintar tersebut. Kemudian, pelajar akan gunakan kad tersebut untuk perbelanjaan di kafe, kedai dobi, kedai buku dll kedai dalam kampus. (Saya tak pasti apakah idea tersebut direalisasikan, tapi pernah dengar ada di satu kolej di Melaka,...tak pasti...) Akibatnya, pelajar hanya boleh gunakan elaun tersebut hanya untuk perbelanjaan dalaman sahaja. Yang untung siapa? Yang susah siapa? Inilah akibatnya apabila pendidikan menjadi satu komoditi yang menjanakan pendapatan bagi sesetengah orang.

Tak salah nak ambil kesempatan atas 'industri' pendidikan ini. Tapi janganlah mencorakkan budaya yang tidak sesuai dengan majoriti rakyat dan tak sepadan dengan pendapatan rakyat. nak masukkan juga starbuck ke IPTA, bagilah pendidikan percuma! No fees, no PTPTN, no loans!FREE, all FREE..baru boleh lepak starbuck! - tak gedebe -

No comments

Powered by Blogger.