Tragedi 2 sepetember 1998 Berulang? kini Giliran Najib !!

Oleh Reformis Muda

 Siapa masih ingat, Dr Mahathir berulangkali membuat kenyataan bahawa Anwar bakal menggantikan beliau berbulan lamanya ,dari bulan 5 hinggalah malam menyambut kemerdekaan 31 Ogos 1998 iaitu 30jam sebelum waktu Anwar dipecat, Dr Mahathir masih mengatakan Anwar lah pengganti beliau. tiba tiba pagi 2 september Anwar dipecat dan dituduh melakukan pelbagai Rasuah dan Jenayah seksual. dalam keadaan buku 50 dalil "mengapa Anwar tak Boleh Jadi PM" beredar dipasaran dan diedarkan melalui beg beg perwakilan perhimpunan Agung Umno, Mahathir ketika itu masih mengatakan " Anwar pengganti saya!".

pada tahun 2008 sepuluh tahun selepas tragedi 2 september 1998 seakan akan peristiwa ini bakal berulang, Paklah berulang kali mengatakan Najib adalah pengganti beliau, namun tidak ditetapkan bila ia akan berlaku.. dalam waktu yang sama kini suatu yang pelik telah berlaku, Akuan bersumpah Raja Petra kini beredar di blog blog dan bebas diedarkan, dan yang mengejutkan hari ini semua akhbar perdana semua bahasa meletakkan di muka hadapan, berita penafian Najib bahawa isterinya terlibat dalam pembunuhan Altantuya.apakah siaran media ini dirancang dan diarahkan? seolah olah kini ada orang mahu berita berkenaan kaitan Najib dan Rosmah dalam pembunuhan Altantuya diketahui umum dan mahu rakyat mula bercakap tentangnya. kalau dikutkan sifat sebenar media pengampu ini, sudah pastilah berita ini diletaklah bukan sebagai berita penting atau tidak melayan langsung tuduhan liar ini.kini ia berlaku sebaliknya. malah wajah Najib memang jelas kelihatan pucat dan penuh dengan kebimbangan yang bermain di fikirannya ketika soalan diajukan wartawan. inikah petanda sekali lagi peristiwa penyingkiran orang no 2 bakal berlaku. berulangkah fenomena setiap 10 tahun didalam Umno?



Selain perkara pelik dari Akhbar perdana yang menyiarkan berita penafian Najib di muka hadapan, kesudian Polis menyiasat dua watak utama iaitu Paklah dan Khairy menimbulkan beribu persoalan, mengapa Polis tiba tiba jadi berani menyoal siasat Khairy dan Paklah? dan kenapa pula Paklah dan Khairy bersedia menerima siasatan Polis? perkara yang mustahil sebelum ini berlaku. jika dikutkan hukum rimba Umno , sudah tentu raja Petra yang di humban ke penjara andai Akuan berumpah Raja Petra itu satu penipuan dan Paklah dan Khairy tidak punya kepentingan.. malah sudah beratus aduan dan laporan polis dibuat sebelum ini berkenaan rasuah namun polis tidak langsung berani menyoal siasat Paklah dan Khairy. apa yang menghairankan juga kenapa polis sudah berani menyoal siasat Najib dan Rosmah, sedangkan sebelum ini dalam penyiasatan pembunuhan Altantuya Polis tidak langsung menyoal Najib walaupun 2 juru iringnya serta orang kanannya terlibat dalam pembunuhan Altantuya. namun kini tiba tiba sahaja Polis mempunyai keberanian yang luar biasa.

Apakah peristiwa 2 september 1998 bakal berulang? benarkah kata orang Najib tidak berani melawan Paklah dalam perebutan kerusi Presiden Umno walaupun peluang kini amat terbuka untuk Najib adalah kerana semua dokumen jenayah Najib sudah ada ditangan Khairy? dan lebih tepat lagi raja Petra pun sudah memilikinya hanya menunggu masa dan ketikanya ia didedahkan.

Najib cuma mempunyai kelebihan untuk belajar dari sejarah apa yang telah menimpa Anwar 10tahun dulu, bezanya Najib dengan Anwar adalah jenayah Altantuya kini memang benar Najib dan Rosmah terlibat tidak seperti tuduhan rekaan yang dilakukan keatas Anwar diera Dr Mahathir.Nampaknya kita sudah masuk dalam satu adegan drama politik Malaysia yang lebih mengejutkan, apakah akan berlaku babak babak menarik bermula dari bulan hadapan, antara babak yang sedang ditunggu tunggu adalah watak Anwar yang ingin menjadi Perdana Menteri dan mara ke putrajaya dan watak Najib yang bakal disingkirkan dalam perebutan kuasa maharaja Abdullah, apapun kita harus menunggu episod seterusnya..

Lawan tetap Lawan

reformis muda

No comments

Powered by Blogger.