Pemuda Pas sangkal kenyataan naif Muhammad
PETALING JAYA: “Itu pandangan naif dari seorang veteran dalam politik,” kata Ketua Dewan Pemuda Pas Selangor, Sallehen Mukhyi mengenai kenyataan yang diberikan oleh Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berhubung kedudukan Pas Selangor dalam Pakatan Rakyat (PR).
Sebaliknya Sallehen menasihatkan pemimpin Umno itu memperkukuhkan dahulu kepimpinan dalaman Umno sebelum membuat percaturan mengenai kedudukan Pas.
Beliau berkata demikian kepada mStar Online bagi mengulas mengenai laporan media berhubung kenyataan Muhammad yang tidak menolak kemungkinan Pas Selangor akan keluar dari PR di negeri itu berdasarkan masalah dalaman serta salah faham antara parti-parti yang berkaitan.
“Saya melihat kelantangan kami (Pas) menyuarakan pendapat kepada kerajaan negeri adalah sesuatu yang dinamik.
“Inilah demokrasi yang diamalkan PR kerana semua pihak berhak untuk menyuarakan pandangan yang berbeza,” katanya.
Beliau menyifatkan kebebasan bersuara secara terbuka yang diamalkan PR berupaya memperkukuhkan lagi kepimpinan PR di Selangor.

No comments
Post a Comment