isu

Rahman Palil bukan lagi EXCO Agama

Apabila Pemuda PAS Selangor menghantar memorandum kepada Pejabat MB Selangor berkenaan bantahan terhadap konsert melibatkan Ella dan Mas Idayu sempena Piala Sultan pada hari Ahad ini, macam-macam tohmahan telah dilemparkan terhadap PAS termasuklah kononnya bahawa PAS tidak mewakili umat Islam di Selangor dan lain-lain. Ini walaupun hakikatnya PAS merupakan sebahagian dari parti yang membentuk kerajaan.

Semalam sekumpulan individu kononnya mewakili 100 NGO Melayu telah menyerahkan memorandum kepada Sultan Selangor. Mereka diketuai ADUN pembangkang dari Sementa Rahman Palil (Umno-BN).

Menurut Rahman sejak kerajaan baru berkuasa berlaku penyelewengan dan penyalahgunaan pentadbiran agam islam sehingga membawa kepada perpecahan perpaduan dikalangan umat Islam di Selangor. Kata Rahman terdapat imam dan AJK masjid dan surau yang telah dipecat dan ahli-ahli JK masjid dan surau dirombak. Beliau juga mempertikaikan khutbah Jumaat yang disampaikan.

Bila PAS hantar memorandum PAS dikira tidak mewakili umat Islam di Selangor, Rahman Palil mewakili siapa?

Rahman Palil ini baru sahaja digugurkan dari menganggotai Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) apabila enggan berundur diri setelah partinya kalah dalam PRU baru-baru ini. Beliau dahulu EXCO Agama, tetapi setelah kalah maka sudah pastilah lagaknya bagai meriam buluh. Rahman ternyata berbohong apabila berkata ada imam yang dipecat, dimana? Setahu saya JK masjid-masjid dan surau-surau pun masih belum berubah seluruh Selangor. Zaman BN dahulu semua AJK masjid dan surau bukannya dipilih oleh ahli kariah sebagaimana biasa tetapi ditunjuk oleh orang-orang politik khasnya pimpinan Umno peringkat cawangan dan bahagian.

Rahman perlu sedar yang beliau walaupun ADUN tetapi mewakili parti pembangkang, jangan berasa seolah beliau masih EXCO Agama. Saya yakin istana akan mendengar nasihat dan penerangan dari kerajaan dan bukannya wakil pembangkang seperti Rahman yang penuh dengan kepentingan dan muslihat politik.

Mengapa Rahman tidak pertikaikan penyiasatan BPR terhadap pegawai-pegawai Pusat Zakat, yang semuanya dilantik semasa beliau EXCO dahulu?

Dari maklumat yang saya terima rakyat Selangor kini senang hati kerana institusi masjid dan surau bakal diserahkan kembali kepada ahli kariah. Khutbah-khutbah Jumaat kini lebih membuka hati para jemaah (tidak lagi tidur dan tersengguk-sengguk sebagaimana dulu) dan program-program ilmu di masjid dan surau seakan hidup kembali. Kalau dahulu semasa beliau EXCO beliau tidak berupaya menjadi khatib (mungkin atas apa sahaja alasan yang hanya beliau ketahui) tetapi janganlah berasa dengki dan panas hati apabila EXCO Agama kini naik mimbar menyampaikan khutbah.

Berilah peluang kepada kerajaan baru ini untuk memikul amanah mereka. Mereka boleh ditegur tetapi berilah teguran yang konstruktif dan membina, bukannya dengan menjolok pihak istana untuk kepentingan politik murahan beliau.

No comments

Powered by Blogger.