MB AHMAD SAID, Mengapa 2004-2008?

CUBA TANYA TGNA DAN TGHH? CUBA TANYA JUGA KEPADA MB AHMAD SAID SEMASA BELIAU MENJADI EXCO SEBELUM JADI MB?

Saya rasa dalam kes Mercedes Benz E200 dan Perdana V6 Eksekutif beberapa persoalan perlu dijawab berdasarkan premis-premis berikut:

1. Mengapa MBE200 dibeli terlebih dahulu sebelum "penyakit buatan orang" PV6E diselongkar oleh MB Terengganu?

2. Mengapa baru sekarang timbul isu ini sedangkan secara logiknya setiap tahun, AUDIT akan dilakukan? Tak mungkin perkara "MUNGKAR" seumpama ini tidak dapat dikesan sekiranya pengurusan audit yang berintegriti dilaksanakan? Tidak mungkin ia menjadi satu kebiasaan dalam hal-hal macam ni? Mengapa yang dedahkan pula seorang MB?

3. Adakah alasan MB Terengganu bahawa kos penyelenggaraan PV6E itu terlalu tinggi maka dia boleh beli MBE200?

4. Adakah kenyataannya ikhlas? Nak tukar kereta kerana nak selamat duit rakyat! ATAU Adakah beliau sememangnya dah tahu kos penyelenggaraan terlalu tinggi bukan disebabkan kualiti PV6E TETAPI disebabkan masalah penyelewengan M MB AHMAD SAID, Mengapa 2004-2008?AKA beliau bertindak demikian untuk mendedahkan kebusukan tersebut? TETAPI betulkah tindakan tersebut? Kalau betul mengapa perlu beli MBE200? PENYAKIT dan UBAT yang tak relevan langsung! Inikah cara menyelesaikan masalah yang boleh difikirkan oleh seorang MB? Kalau pun beliau tidak tahu bahawa kos penyelenggaraan sebegitu tinggi adalah disebabkan ada unsur penyelewengan, adakah cara penyelesaian beliau itu adalah yang terbaik? Kemukakan dulu hasil penyelidikan yang sahih bahawa dengan menggunakan MBE200, wang rakyat dapat dijimatkan sekian banyak?

5. Cuba siasat dan tanya TGHH semasa beliau menjadi MB Terengganu pada tahun 1999-2004? Adakah TGHH dan barisan exco dan pegawai kanan kerajaan Terengganu menghadapi masalah yang sama dengan PV6E selama tempoh tersebut? Atau TGHH dan yang lain-lain menggunakan kereta jenama lain? Ke mana kereta-kereta PV6E tersebut dihantar untuk diselenggara? Atau TGHH tak ambil kisah dengan hal-hal macam ini?

6. Cuba siasat dan tanya juga TGNA perkara yang sama selama memerintah sampai hari ni?

7. Kemudian buat perbandingan antara pengurusan TGNA di Kelantan dan TGHH di Terengganu(1999-2004) dengan pengurusan negeri-negeri yang diperintah oleh BN sebelum pilihanraya 2008? Jangan lupa sama siasat juga pengurusan oleh Kerajaan Persekutuan? Tak payah nak tengok benda-benda lain, tengok saja pada pengurusan ke atas penggunaan dan penyelenggaraan PV6E. Betul ke teruk sangat? Rujuk sama dengan statistik yang berkaitan dalam Star bertarikh 28 Julai 2008. Ada perbezaan ke pengurusan di bawah UMNO/BN dengan PAS? Sama saja ke?

8. Akhirnya apa tindakan Proton? Bagi saya, siasat dan saman saja MB dan Kerajaan Terengganu kerana telah memalukan Proton, sekiranya ada asas kukuh untuk melakukannya. Jangan kita dapat malu kalau orang lain sebenarnya mengidam nak kan sesuatu yang lebih "Prestige and Luxury" demi untuk MATLAMAT MENGHALALKAN CARA?

No comments

Powered by Blogger.