Penyatuan UMNO-Pas menerusi kerjasama..????
|
JOHOR BAHRU 27 Julai - Penyatuan UMNO dan Pas boleh berlaku pada masa depan jika ia dilakukan secara sedikit demi sedikit menerusi kerjasama dalam bidang tertentu khususnya pelajaran, kata Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu berkata, penyatuan itu bukan sesuatu yang mustahil demi kepentingan ummah walaupun cadangan mengenainya masih terlalu awal untuk dibincangkan pada waktu ini.
"Pemuda UMNO berpandangan bahawa kita boleh mula sedikit demi sedikit dan kalau niat kita untuk kebaikan umat, akhirnya mungkin ia (penyatuan) menjadi satu kenyataan dengan syarat semua kena ikhlas, jujur dan niat yang betul bagi kepentingan ramai khususnya umat Islam," katanya.
sapa nak bersatu dengan umno???woi ang cakap jangan belit leh tak???takda sapa nak bersatu dengan UMNO....
No comments
Post a Comment