Apa Dr. Mohamed Osman tulis



klik untuk paparan lebih jelas ...... selanjutnya di suarakeadilan.

apa pula kata polis ....?
Polis menyifatkan laporan sebuah laman web yang mendakwa adanya laporan perubatan sahkan tiada kesan liwat terhadap Saiful Bukhari Azlan sebagai cubaan untuk mensabotaj siasatan polis berhubung dakwaan kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, laporan laman web itu juga disifatkan sebagai cubaan untuk mengelirukan orang ramai. Serentak itu tambah beliau, pihak polis sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan ke atas laman web dan sebuah blog yang turut menyiarkan laporan berkenaan yang didakwa dikeluarkan oleh Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur. Laporan laman web itu menyebut Saiful mendapatkan rawatan di Hospital Pusrawi pada 28 Jun lalu kerana mengadu hadapi kesukaran membuang air besar. Berdasarkan laporan laman web itu, tiada bukti menunjukkan Saiful yang merupakan bekas pembantu peribadi Anwar diliwat seperti didakwa. Ismail turut menafikan laporan bahwa doktor yang didakwa membuat laporan itu, Dr. Mohd Osman Abdul Hamid telah ditahan oleh polis.

No comments

Powered by Blogger.