Ezam sedia lawan Anwar di Parlimen Kulim Bandar Baharu

KUALA LUMPUR: Bekas pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd Nor hari ini sedia menjadi calon Barisan Nasional (BN) bertanding menentang Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen Kulim Bandar Baharu sekiranya kerusi itu dikosongkan.

Bercakap kepada pemberita di sini, Ezam yang kini menganggotai Umno, berkata beliau tidak gentar berdepan dengan Anwar sekiranya dipilih oleh pucuk pimpinan BN.

Selain kemungkinan Kulim Bandar Baharu, satu lagi kerusi Parlimen yang disebut-sebut akan dikosongkan PKR untuk Anwar bertanding ialah Parlimen Bandar Tun Razak yang disandang Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

No comments

Powered by Blogger.