Presiden Iran tunggu pendekatan baru Amerika
WASHINGTON - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad berkata, Teheran akan memberi maklum balas yang positif sekiranya Amerika Syarikat (AS) mengadaptasikan pendekatan baru terhadap isu nuklear negara berkenaan.
"Hari ini, kami melihat satu perkembangan baru ditunjukkan oleh Washington dan pegawai-pegawai AS berhubung isu nuklear Iran," katanya .
"Persoalan saya sekarang adakah perkembangan ini merupakan satu pendekatan yang baru?," ujarnya dalam satu wawancara yang disiarkan di AS semalam.
"Sekiranya benar, kami (Teheran dan AS) akan berhadapan dengan satu situasi yang baru dan rakyat Iran akan memberi maklum balas yang positif," jelasnya.
Wawancara itu diadakan selepas AS mengambil langkah menghantar seorang diplomat kanan untuk bertemu ketua perunding nuklear Iran di Geneza berhubung isu tersebut.
Iran juga pada Sabtu lalu mengumumkan kejayaan meningkatkan jumlah alat pengempar kepada 6,000 unit untuk menguraikan uranium. - AFP
No comments
Post a Comment