Jawatan MB: Jangan terpedaya dengan tektik UMNO

 Isu muzakarah dan muqabalah bagi dia aku, aku anggap dah selesai. Kalau setakat nak jumpa sambil minum-minum kopi, itu small matter. Aku pun biasa buat. So, isu PAS-UMNO nak bertemu tu, bukan masalah besar bagi aku.

Cuma, isu saranan Mursidul Am PAS – Tok Guru Nik Aziz yang menyarankan agar PAS dan UMNO dibubarkan untuk membentuk satu parti baru yang berwadahkan Islam sedikit hangat sekarang. Ditambah pulak dengan kenyataan Karpal Singh agar kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat dikaji.



Isu ini nampaknya cuba dimanipulasi oleh pemimpin-pemimpin UMNO untuk meraih kepentingan politik dia orang. Memandangkan mereka yang menguasai media, dakyah mereka lagi luas tersebar berbanding agenda Pakatan Rakyat terutamanya.


Bagi aku, kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat bukanlah satu benda yang nak dijadikan persoalan besar, samada PAS berhak atau tidak duduk di dalam Pakatan Rakyat sejak bertemu UMNO, isu itu sepatutnya tidak timbul. Presiden PAS sendiri pun dah mengakui bahawa, pemimpin PAS juga berhak untuk bertemu dengan orang-orang UMNO.

Berbalik kepada tujuan asal aku tulis artikel ni. Semalam di dalam Buletin Utama TV3, bekas Menteri Besar Perak mengumumkan kesediaan UMNO Perak untuk bergabung dengan PAS dan menawarkan jawatan Menteri Besar Perak kepada PAS.

Nada yang sama telah disuarakan oleh bekas Menteri Besar Selangor beberapa hari selepas PRU12 baru-baru ini dengan tawaran kedudukan yang sama.

Di sini aku harap penyokong-penyokong dan kepimpinan PAS tidak terpedaya dengan lakonan drama pemimpin-pemimpin UMNO ini.

Aku berkata demikian bedasarkan teori aku sebegini :

1. Umno sedaya upaya cuma untuk memporak perandakan hubungan sesama parti di dalam Pakatan Rakyat.

2. Di dalam keadaan UMNO yang lapar kuasa sekarang, mereka akan berjanji untuk memberi laluan kepada PAS untuk jawatan Menteri Besar.

3. Jikalau PAS menerima tawaran ini. Sudah tentu hubungan PAS dengan rakan parti di dalam Pakatan Rakyat akan retak dan Pas akan terkeluar dari PAkatan Rakyat.

4. Setelah melihat kepada keretakan di dalam Pakatan Rakyat, UMNO dengan sengaja akan mengusulkan undi tidak percaya kepada kepimpinan Menteri Besar dari PAS.

5. Pada ketika itu, kedudukan gabungan di dalam Pakatan Rakyat sudah tidak kuat lagi dan PAS akan keseorangan.

6. Pada perkiraaan aku, usul undi tidak percaya itu akan memihak kepada UMNO. Ini kerana, DAP dan PKR tidak akan menyebelahi PAS yang dianggap telah berpaling tadah dengan berpakat dengan UMNO.

7. Setelah usaha melaga-lagakan sesama parti di dalam Pakatan Rakyat berjaya, maka peluang UMNO untuk merampas kembali Perak dan Selangor adalah kembali cerah.

Persoalan yang timbul dalam kepala aku ialah :

1. Kenapa tawaran tersebut cuma disuarakan oleh UMNO Selangor dan Perak sahaja?

2. Kenapa UMNO dinegeri-negeri lain terutamanya Kedah dan Kelantan tidak menyuarakan nada yang serupa dimana UMNO memang tak kuat di negeri-negeri itu?

3. Kenapa nada atau tawaran yang sama tidak timbul di negeri lain yang UMNO kuat seperti Johor?

Persoalan no 3 itu mungkin menimbulkan keraguan di kalangan kau orang semua. Takkan tak cerdik UMNO nak serahkan jawatan Menteri Besar kepada PAS sedangkan mereka kuat di negeri-negeri tersebut.

Jadi, jawapan aku (jawapan berbentuk soalan). Kenapa di Perak, UMNO yang ada 27 kerusi itu sanggup hendak berikan kerusi jawatan Menteri Besar kepada PAS yang cuma ada 6 kerusi sahaja?

Lagi best, kenapa UMNO tidak tawarkan jawatan Perdana Menteri atau sekurang-kurangnya jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada PAS kalau mereka betul-betul senada dengan Tajol Rosli dan Khir Toyo?

Last sekali aku cuma hendak berpesan, jangan ambil pusing tawaran UMNO ini, kalau betul ingin menyatukan umat Islam, PAS dan UMNO sama-sama bubar dan tubuhkan 1 parti yang berlandaskan Islam.

Aku juga berharap di Muktamar PAS bulan hadapan di Ipoh nanti, di adakan 1 usul untuk membubarkan PAS jikalau UMNO bersedia membubarkan parti mereka untuk menubuhkan 1 parti baru yang berlandaskan Islam.

Di dalam hal ini, aku harap ahli-ahli Pas akan terkehadapan sedikit, ini kerana, isu-isu yang diperbincangkan di dalam media nampaknya menyebelahi UMNO (tu pun kerana media milik dia orang)

Jikalau usul ini dipersetujui oleh majority ahli PAS, aku rasa, pada masa itu, UMNO akan menggelabah…

No comments

Powered by Blogger.