Nadal juara di Toronto, hampiri gelaran nombor satu dunia
TORONTO: Pemain Sepanyol, Rafael Nadal tidak menoleh ke belakang apabila dia semakin hampir menjadi pemain nombor satu dunia selepas mengalahkan Nicolas Kiefer 6-3, 6-2 pada final Piala Rogers, awal pagi tadi.
Kemenangan itu menjadikan Nadal menggondol lima kejuaraan berturut-turut tahun ini, termasuk Terbuka Perancis dan Wimbledon, serta mempertahankan 29 permainan tanpa kalah.
Lawannya dari Jerman, adalah pemain bukan pilihan kejohanan yang menduduki ranking ke-37 dunia dan bermain pertama kali pada final siri ATP sejak 2005.
No comments
Post a Comment