11 ADUN BN tinggalkan sidang DUN
PULAU PINANG 28 Julai - Semua 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bertindak keluar dari sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) setelah tidak berpuas hati berikutan tidak diberi peluang bertanya soalan semasa sesi penggulungan oleh Phee Boon Poh (DAP-Sungai Puyu) di sini hari ini.
Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim berkata, tindakan Boon Poh itu disifatkan sebagai pengecut kerana tidak berani menerima soalan daripada pihak pembangkang.
''Saya tidak pernah jumpa ADUN yang pengecut macam ini, terutamanya beliau yang sudah ada pengalaman beberapa penggal menjadi wakil rakyat," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Turut hadir ADUN Teluk Bahang, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya; ADUN Pinang Tunggal, Datuk Rosalan Saidin; ADUN Sungai Dua, Datuk Jasmin Mohamed dan ADUN Seberang Jaya, Datuk Ariff Shah Omar Shah.
Tambahnya, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana pihak pembangkang juga diberi kebenaran untuk bertanyakan soalan semasa sesi penggulungan DUN.
Jelas Azhar lagi, Boon Poh yang juga Exco Kesihatan, Kebajikan dan Masyarakat Penyayang pernah diberi peluang untuk berucap selama enam jam semasa beliau menjadi Ketua Pembangkang semasa kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah sebelum ini.
''Baru jadi Exco selama empat bulan, kita hendak tanya soalan pun tidak boleh.
''Jadi kita pun keluarlah, buat apa hendak duduk di dalam lagi untuk dengan dia bercakap," ujar ADUN Penaga itu.
Dalam pada itu, Azhar memuji sikap Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan beberapa Exco baru lain yang memberi peluang kepada pembangkang untuk mendapatkan penjelasan atau bertanya soalan pada sesi penggulungan mereka.
''Ketua Menteri pun bersikap berani apabila sanggup untuk menjawab semua soalan, sudah letih baru dia tidak jawab, bukannya macam Boon Poh ini," katanya.
keluar la kalau kamu nak keluar.....
No comments
Post a Comment