Lebih 600,000 diselamatkan akibat taufan di China
SHANGHAI: Lebih 600,000 penduduk terpaksa diselamatkan selepas ribut tropika, Fung-Wong melanda barat daya China, awal pagi tadi.
Taufan itu melanda pinggir bandar Fuqing di Wilayah Fujian selepas membadai Taiwan, menyebabkan angin kuat dan hujan lebat dengan dua orang terkorban.
Pihak berkuasa Fujian mengesahkan setakat ini 274,300 sudah dipindahkan ke tempat selamat dan mengarahkan 52,300 nelayan untuk berpatah balik ke pangkalan.
Berpuluh penerbangan juga dibatalkan di Lapangan Terbang Fuzhou.
Jirannya, Wilayah Zhejiang pula, seramai 338,000 penduduk sudah diselamatkan dan mengarahkan 27,600 bot nelayan supaya berlabuh semula, lapor agensi berita Xinhua. - AFP

No comments
Post a Comment