Bila nak bawa Anwar ke Mahkamah?

Oleh hermansamsudeen

"a
Sesiapa sahaja yang duduk tempat Anwar Ibrahim kini pasti tidak akan berdiam diri. Tuduhan meliwat yang dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan benar-benar mencabar kredibiliti Anwar. Pelbagai pendedahan dibuat oleh Anwar bagi menafikan perkara berkenaan. Cabar mencabar dan akhirnya Anwar direman sekejap bagi mendapatkan keterangan beliau.

Bukan tidak mahu bekerjasama, tapi pengalaman lalu mengajar Anwar untuk lebih bijak mengatur langkah dan menggunakan massa. Ini adalah langkah bijak. Anwar ternyata hebat untuk dikenakan oleh Saiful dan mereka yang duduk dibelakangnya.

Walau apa pun yang telah berlaku, pihak Polis kini seolah-olah hilang arah dari menyiasat kes ini. Hingga kini, peguam Anwar tidak dimaklumkan isi kandungan laporan Polis yang dibuat Saiful. Perkara ini adalah isu asas yang perlu didedahkan kepada Anwar sebagai defendan agar beliau tahu bentuk pertuduhan yang dikemukakan.

Segala laporan perubatan juga dirahsiakan. Walaupun doktor di Pusrawi mendedahkan laporan awal pemeriksaan perubatan ke atas Saiful, tapi semua itu mungkin akan diabaikan oleh pendakwaraya.

Masalah terbesar kini adalah status kes berkenaan yang hampir sebulan disiasat. Ini adalah kes berprofail tinggi dan melibatkan nama baik seorang pemimpin negara. Jadi pihak polis haruslah mempercepatkan siasatan.

Pendakwaraya harus segera membawa kes ini ke mahkamah dan buktikan Anwar bersalah kalau benar tuduhan Saiful itu. Kalau tiada bukti atau faktanya tidak lengkap atau sengaja direka-reka, maka ini adalah suatu kezaliman untuk Anwar.

Keadilan untuk kedua-duanya wajar diketengahkan, dan mereka berhak untuk didengar dan membela diri. Dalam sistem undang-undang Malaysia, seseorang itu tidak dianggap bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah. Jadi Anwar pada masa ini bukanlah ‘peliwat’ seperti yang difikirkan oleh ramai musuh-musuh politik beliau.

Prosiding harus berjalan segera sebelum lebih banyak spekulasi dihamburkan dalam media. Perkara ini bukan sahaja memalukan Anwar tapi negara kerana sistem yang ada terlalu lembap untuk menyelesaikannya.

No comments

Powered by Blogger.