Muhyiddin boleh kalahkan Najib?

Harakah terus menjolok minda mantan Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Sanusi Junid di pejabatnya, dekat Mont Kiara. Dengan nada sinis, beliau menyifatkan penyerahan kuasa oleh PM, Abdullah Ahmad Badawi kepada Timbalannya, Najib Tun Razak pada Jun 2010 sebagai tidak demokratik. Beliau percaya, Abdullah boleh dikalahkan jika Najib menentangnya. Tetapi Najib kurang keberanian. Sanusi yakin Muhyiddin upaya menumpaskan Najib. Umno katanya, amat memerlukan pemimpin yang berani. Telaahlah bualbicara Pengarang Berita Harakah, TARMIZI MOHD JAM dan wartawan, WAN NORDIN WAN YAACOB dan AZAMIN AMIN bersama beliau. Foto oleh MOHD NASIR SUDIN.

Harakah: Apa pandangan Tan Sri berhubung 'Pelan Peralihan Kuasa 2010' yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Abdullah Badawi kepada timbalannya, Najib Razak baru-baru ini?

Sanusi: Keputusan ini adalah satu keputusan yang tak berapa tepat. Dengan beranggap pada tahun 2010 Abdullah masih Perdana Menteri, sedangkan pertandingan dalaman Umno akan diadakan pada bulan Disember ini. Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) nak lawan dia. Kalau Ku Li menang, maknanya tahun 2010 Abdullah tak boleh serah jawatan kepada Najib. Masa itu dia tak pegang jawatan apa-apa sebab masa itu dia bukan Presiden Umno lagi. Jadi bagi saya, sebenarnya hak untuk menentukan siapa Perdana Menteri dan Presiden Umno ialah perwakilan Umno. Tidak adillah jika hak perwakilan Umno itu kita ambil.

seterusnya....

No comments

Powered by Blogger.