Muzakarah Wanita Umno, Muslimat Pas

Utusan Malaysia hari ini menyiarkan berita bertajuk “Muzakarah Wanita Umno, Muslimat Pas“. Itu rancangan Wanita Umno. Muslimat PAS belumlah bersetuju. Tetapi, tertanya-tanya juga, isu apa nak runding? Isu Islam? Bukankah Perdana Menteri dinasihati anaknya, Nori, mengenai hal-ehwal Islam?

Bukit Besi Online pernah menyiarkan sebuah rencana yang saya petik sebahagiannya seperti di bawah:

Sekiranya kamu kata kamu hendak memartabatkan agama Islam, adakah Umno sebuah parti yang dapat melakukan demikian?

Selama ini bukankah Pak Lah menyerahkan polisi agama beliau kepada Sisters in Islam dan Nori Abdullah? Bukankah di bawah Pak Lah Mahkamah Syariah hampir-hampir menjadi tempat “buangan sampah”? Bukankah Pak Lah yang cuba untuk menghalalkan murtad?

Apakah Ezam merasakan beliau lebih berpengaruh daripada kumpulan Sisters In Islam dan Nori Abdullah dalam hal yang berkaitan dengan agama Islam? Ini satu soalan praktikal yang perlu Ezam jawab.

Sudah menjadi pengetahuan umum, bahawa si munafik Zainah Anwar sentiasa menggunakan Nori untuk memaksa Pak Lah menghancurkan Islam di Malaysia. Maklumat yang saya dapat bahawa Zainah amat takut akan kejatuhan Pak Lah sebagai Perdana Menteri kerana ini bererti Sisters In Islam akan menjadi tidak berpengaruh lagi. Walaupun SIS telah banyak menyusahkan Pak Lah dalam hal berkaitan dengan Islam, namun Nori masih mampu mempengaruhi Pak Lah untuk menghapuskan Islam di Malaysia sedikit demi sedikit.

Cuba lihat sehingga hari ini, Undang-Undang Syariah Wilayah Persekutuan terbantut pelaksanaannya hasil daripada usaha si munafik Zainah Anwar. Sedangkan sokongan rakyat kepada Undang-undang ini amat jelas dan terang tetapi hanya kerana pengaruh Zainah dan Nori, undang2 Islam berjaya di hapuskan.

Sudah banyak kali, si munafik Zainah membuat kenyataan umum bahawa beliau tidak selesa dengan pegawai-pegawai kerajaan yang secara jelas dan terang mahu melaksanakan Islam di dalam pentadbiran kerajaan. Zainah mahu memastikan pelaksanaan Islam dihapuskan daripada pentadbiran negara. Senjata Zainah adalah Nori Abdullah.

Sekali lagi saya menyatakan, adakah Ezam mampu menyaingi pengaruh Nori ke atas Pak Lah?

Baca juga artikel bertajuk “Letter from Malaysia: Malaysia’s big sister shakes up Islam rule” dalam International Herald Tribune 16/2/2006. Antara lain:

Another trump card: (Zainah) Anwar is close to two progressive women with powerful connections, Marina Mahathir, the daughter of the former prime minister, and Nori Abdullah, the daughter of the leader. “He gets an earful from her,” Anwar said of Nori Abdullah and her father.

Kepada tukang tadah telinga kepada kehendak Zainah melalui anaknya, Nori, yang saya nak tanya ialah mengapa Tun Dr Mahathir Mohamad kata:

“Abdullah membuat kenyataan-kenyataan yang sebenarnya bohong,” tegas Dr Mahathir sambil menambah bahawa Perdana Menteri suka berbohong (developed a habit of lying) selepas bersahabat dengan pemimpin-pemimpin Britain, Amerika Syarikat dan Australia (dari laporan AFP).

Ilal-muqabalah!

No comments

Powered by Blogger.