TIDAK ADA KESAN PENEMBUSAN DI DUBUR SAIFUL , LAPORAN DOKTOR DISIARKAN DI MEDIA HARI INI - SAIFUDDIN NASUTION Ref Malaysiakini

Ahli Parlimen Machang yang juga Perancang Strategi PKR, Saifuddin Nasution mendedahkan bahawa laporan Doktor untuk pemeriksaan kesihatan Saiful Bukhari Azlan menjelaskan bahawa tidak penembusan di kesan di duburnya walaupun beliau mendakwa Anwar Ibrahim meliwatnya.
"Doktor telah memeriksa Saiful dan mendapati bahawa tiada penembusan dikesan di dubur Saiful, Laporan penuh tersebut akan disiarkan oleh media internet hari ini dan Suratkhabar Keadilan hari Selasa" .
"Kita yakin bahawa dengan laporan ini maka pihak terbabit akan cuba mencari helah dan taktik baru untuk membuktikan berlakunya liwat tersebut" kata Saifudin.
Sementara itu Saifudin juga menjelaskan bahawa Anwar telah mengumumkan akan bertanding di Pilihanraya Kecil Parlimen Kulim-Bandar Baharu jika mahkamah memutuskan bahawa kerusi tersebut kosong pada 19 Ogos ini.
"Beliau telah mengesahkan akan bertanding pada pilihanraya kecil Kulim-Bandar Baharu jika kerusi tersebut kosong. Pengumuman ini dibuat sebentar tadi di mana sekarang ini Anwar sedang berceramah di depan ribuan pendengar di Kulim" tegas Saifuddin.
Kita yakin Anwar akan menang kerana keputusan Pilihnaraya Umum lalu jelas menunjukkan bahawa rakyat menolak BN secara total di kerusi tersebut. Katanya calon PKR, Zulkifli Nordin menang lebih dari 5,000 undi sedangkan sebelum ini pembangkang tidak pernah menang di situ.
Menurutnya, rakyat mesti turun habis-habisan membantu Anwar jika ditakdirkan pilihanraya kecil berlaku di Kulim-Bandar Baharu.
Zulkifli Nordin katanya, telah bersetuju memberi laluan kepada Anwar untuk berdepan dengan calon BN di kawasan tersebut. Malah PAS Kedah telah awal-awal lagi telah membuat kenyataan akan turun habis-habisan untuk membantu Anwar.
Saifuddin berkata demikian ketika menyampai ceramah umum di Dataran Pejabat PAS Bukit Katil malam tadi.

No comments

Powered by Blogger.