Chelsea tetap hormati Malaysia


PETER CECH antara penjaga gol terbaik dunia ketika ini.


CHELSEA tidak memandang mudah kemampuan skuad Pilihan Malaysia.

Demikian pengakuan Ketua Ekse- kutif Chelsea, Peter Kenyon menjelang perlawanan persahabatan d Stadium Shah Alam malam ini.

Menurutnya, The Blues bersedia menyajikan aksi kelas dunia ketika berdepan Pilihan Malaysia dan yang pasti mereka akan menurunkan barisan yang terbaik.

Sambil menyifatkan Malaysia sebagai lawan yang perlu dihormati, Kenyon juga percaya barisan pemain bintang dalam kelab itu terutamanya Deco, Frank Lampard dan Michael Ballack bakal mencuri tumpuan ribuan peminat.

"Perlawanan ini merupakan sebahagian daripada persediaan bagi menghadapi saingan Liga Perdana England musim baru ini dan saya yakin semua pemain akan tampil memberikan persembahan yang terbaik.

"Pemain juga tidak menunjukkan sebarang masalah sepanjang siri jelajah ini, malah mereka tetap mempamerkan yang terbaik," jelas Kenyon ketika ditemui pada sesi latihan The Blues di Stadium Shah Alam semalam.


SCOLARI (empat dari kiri) memberi arahan kepada pemainnya pada sesi latihan pasukan Chelsea di Stadium Shah Alam semalam.


"Jadi, saya percaya semua pemain cukup bersedia untuk menyajikan corak sebenar permainan The Blues malam esok (malam ini) dan saya yakin satu perlawanan sengit akan berlaku."

Untuk rekod, Chelsea memiliki reputasi hebat di pentas bola sepak dunia terutamanya Eropah.

Kelab milik jutawan Rusia, Roman Abramovich itu akan tampil di Stadium Shah Alam dengan reputasi selaku finalis Liga Juara-Juara selain muncul naib juara kempen Liga Perdana England musim lalu.

Sebelum itu, The Blues yang kini dibimbing bekas pengendali Portugal dan Brazil, Luiz Felipe Scolari pernah menjuarai trofi Liga Perdana England sebanyak dua kali berturut- turut selain Piala Liga dan Piala FA ketika era Jose Mourinho.

Kini, diperkuatkan dengan kehadi- ran Deco yang juga bekas perancang Barcelona, Chelsea mula memasang hajat iaitu memburu empat gelaran utama dalam semusim terutama trofi Liga Juara-Juara.

Dalam pada itu, Kenyon juga yakin bahawa kunjungan Chelsea ke Malaysia adalah sesuatu yang istimewa selepas kali terakhir kelab itu hadir pada tahun 2003.

"Selepas China dan Macau, kami akan melengkapkan siri jelajah dengan menentang Pilihan Malaysia pada aksi persahabatan esok (hari ini)," tambahnya.

Selepas aksi di Malaysia, kelab London itu akan berlepas ke Moscow bagi menghadapi Kejohanan Piala Railways.

Musim ini, empat piala menjadi sasaran mereka termasuk saingan Eropah.

No comments

Powered by Blogger.