UMNO pun tau yang media perdana jenis HAPRAK
KUALA TERENGGANU: Kepemimpinan Umno Terengganu perlu bersikap positif berhubung laporan media, khususnya berkaitan isu pembelian Mercedes-Benz E200 Kompressor oleh kerajaan negeri sehingga mendapat perhatian umum.
Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata dalam negara yang mengamalkan demokrasi, peranan media melaporkan apa saja isu membabitkan rakyat perlu dilihat secara positif.
“Kita percaya seperti yang disebutkan falsafah Perancis bahawa media adalah estet keempat terpenting dalam masyarakat. Media ada peranan yang mesti dimainkan dan saya percaya apa yang dilaporkan walaupun menimbulkan kontroversi, tidak semestinya perlu dilihat sebagai sesuatu yang negatif.
“Saya tidak fikir media mempunyai agenda untuk memperbesarkan sesuatu isu sehingga menjadi kontroversi kerana rakyat juga ingin tahu,” katanya selepas majlis Makan Malam dan Ramah Mesra Menteri Besar dengan pemimpin empat peringkat bahagian Umno negeri, di sini, malam kelmarin.
Beliau diminta mengulas sikap segelintir pemimpin Umno negeri yang mempertikai kredibiliti media berhubung pendedahan mengenai isu pembelian kereta Mercedes-Benz E200 Kompressor bernilai RM3.43 juta sebagai kenderaan rasmi oleh kerajaan Terengganu.
yang mencetuskan kontroversi kerana bercanggah dengan dasar kerajaan.
Perkara itu ditimbulkan beberapa pemimpin Umno negeri ketika sidang media bersama Ahmad yang mempertikai dan memperlekehkan media yang disifatkan sengaja memainkan isu itu sehingga mencetuskan kontroversi.
Ia dimulakan Bendahari Badan Perhubungan Umno negeri, Senator Datuk Roslan Awang Chik yang mencelah pada sidang media Datuk Ahmad Said kononnya soalan wartawan kepada Ahmad tidak bertaraf nasional dan antarabangsa.
“Wartawan kena belajar tanya soalan...biar 'kelas' sikit. Isu benda-benda (apa jua isu) biar nasional, biar antarabangsa punya soalan. Ini tanya soalan hok tu le (yang sama),” katanya.

No comments
Post a Comment