Anwar beri keterangan di JAWI
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berada di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk memberikan kenyataan berhubung aduannya mengenai tuduhan liwat terhadapnya oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Mantan timbalan perdana menteri itu ditemani oleh isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan peguam Kamar Ainiah Kamaruzaman.
Anwar membuat aduan terhadap Saiful pada 9 Julai lalu.
Sementara itu, para wartawan telah berkumpul di rumah Anwar di Bukit Segambut sejak jam 5.30 pagi tadi susulan khabar angin yang mengatakan beliau mungkin akan ditahan dan didakwa atas tuduhan liwat.
Bagaimanapun tiada apa yang berlaku dan Anwar tiba di pejabat JAWI pada jam 10.30 pagi.

No comments
Post a Comment