Anwar kini berada di JAWI, 12 jam selepas gesa polis henti siasatan liwat
Beliau turut mengemukakan laporan perubatan yang dikeluarkan oleh hospital Pusrawi ketika hadir memberi keterangan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini.
Pagi semalam Anwar, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, pendedahan laporan doktor Pusrawi, yang disebar meluas menerusi portal berita semalam, membuktikan dakwaan meliwat terbaru terhadapnya hanya bermotifkan politik dan tidak berasas sama sekali.
Anwar tiba di pekarangan JAWI pada pukul 10.30 pagi dengan ditemani isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
“Saya ada menyebut mengenai laporan perubatan (Dr. Mohd Osman) itu dan JAWI ambil maklum mengenainya,” katanya selepas memberi kteregangan kepada JAWI di sini hari ini.
Anwar yang hadir bersama peguamnya, Kamar Ainiahj Kamarulzaman memberi keterangan sebaik siasatan diteruskan serta sanggup hadir untuk memberi keterangan tambahan jika diperlukan.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan, JAWI akab merujuk kepada doktor berkenaan bagi memberikan keterangan lanjut.
Ditanya apakah soalan yang dikemukakan oleh JAWI kepadanya, Anwar berkata JAWI mengajukan soalan mengikut prosedur biasa.
“Mereka tanya saya mengapa saya anggap kes ini tiada motif. Mereka juga ingin tahu mengapa saya katakan saya difitnah serta apa bukti yang sya ada untuk kuatkan hujah,” katanya.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu bagaimanapun berpuashati dengan proses memberi keterangan yang dijalankan oleh JAWI berbanding kepada pihak polis.
Tambahnya lagi, proses yang dijalankan oleh JAWI adalah lebih professional dan beliau yakin dengannya.
Beliau turut diajukan soalan sama ada bimbang dengan laporan perubatan yang dikeluarkan oleh Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang ternyata bercanggah dengan laporan perubatan pertama mengenai bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan oleh hospital Pusrawi, Anwar menjelaskan beliau tidak bimbang mengenainya.
“Tidak saya tidak bimbang mengenai laporan HKL jika ia dibuat dengan professional dan telus.
“Soalnya adakah akan ada kemungkinan laporan itu akan dikoyak.” katanya dengan sinis.
Beliau sekali lagi menegaskan agar siasatan yang dijalankan terhadapnya tidak bermotifkan politik sebaliknya perlu mengikut prosedur yang jelas berdasarkan undang-undang sedia ada.
Diminta mengulas mengenai kenyataan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar agar beliau menghentikan sebarang spekulasi sebaliknya memberi kerjasama penuh kepada polis, beliau berkata:
“Kerjasama apa lagi yang tidak saya berikan?.
“Cuba anda tanya dia (Syed Hamid) adakah dia sanggup untuk berbogel sperti mana saya alami. Adakah itu menunjukkan saya tidak memberi kerjasama," katanya.
"Saya tidak buat sebarang spekulasi sebaliknya kadang-kadang ada wartawan yang nakal megajukan soalan untuk dapatkan reaksi saya," jelasnya.
No comments
Post a Comment