Gerhana matahari Jumaat
KUALA LUMPUR: Gerhana penuh matahari akan berlaku pada Jumaat ini dan boleh dilihat dengan jelas dari Kanada Selatan (Nunavut), kawasan tengah Rusia, barat Mongolia dan China.
Mengikut kenyataan Agensi Angkasa Negara, gerhana separa matahari pula dapat dilihat dari kawasan timur Amerika Utara dan kebanyakan negara Eropah dan Asia.
Gerhana penuh matahari itu tidak dapat dilihat di Malaysia tapi beberapa laman web akan menyiarkan gerhana matahari itu secara langsung.
Laman-laman web tersebut adalah http://www.exploratium.edu/eclipse, http://sems1.cs.und.edu/(7/8)sems/index.php, http://novosibirskguide.com/eclipse(7/8)2008/live-broadcasting, http://www.atlaspost.com/2008tse dan http://www.live—eclipse.org. - Bernama
No comments
Post a Comment