Muzakarah: Teguran dan kritikan



Muzakarah semakin hangat diperkatakan. Banyak pandangan yang mengkritik dan ada jugak yang menyokong muzakarah ini. Hujah dan semua pandangan ini perlu di ambil kira. Tapi ahli-ahli PAS diminta mensahihkan berita itu samada benar atau tidak. Sebab musuh dalam selimut dah mula keluar daripada selimut.


Pandanganku tiada masalah untuk ahli-ahli PAS memberi pandangan dan kritikan kepada isu ini. Ini hak ahli untuk memberi teguran yang bermanfaat kepada kepimpinan dan sebaliknya pimpinan kena mengambil kira semua pandangan kecuali pandangan yang nampak seperti cuba memecahbelahkan PAS.

Pandangan dan kritikan perlulah berakhlak dan beradab jika kita mengaku sebagai ahli gerakan Islam. Bezakan cara kita dengan cara parti-parti lain dalam menegur kepimpinan. Tunjukkan akhlak dan adab yang baik. Bukan dengan bahasa kasar, serta teori dan cerita yang tidak sahih sumbernya. Sehingga cuba melaga-lagakan antara pimpinan tertinggi dalam Jamaah.

Apalah gunanya, mengaku berjuang Islam jika dalam diri tidak tersemai akhlak seorang islam. Apalah gunanya mengaku sebagai pendakwah jika dalam jamaah pun kita sudah rosak adab dan tatasusila. Macam mana nak nak menegakkan Islam jika Islam tidak tersemai dalam diri kita?

"Tegakkan negara Islam di dalam diri kamu nescaya akan tertegak Islam di negara kamu"

Taat merupakan unsur yang dalaman yang sangat penting di dalam diri pejuang-pejuang Islam. Ketaatan lahir dari sikap percaya-mempercayai di antara pemimpin dan pengikut, apabila pemimpin mempunyai keikhlasan dan menyatakan pengorbanan yang sebenar dan memberi perhatian kepada perjuangan dan pengikut-pengikutnya. Ketaatan itu mestilah dalam semua keadaan, di masa senang dan susah, di masa lapang dan sempit dalam perkara yang tidak maksiat.

Firman Allah: “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah, taatlah kamu kepada Rasul dan ulil Amri (pemimpin dikalangan kamu)” (An Nisa’ : 59)

Adakah Muzakarah itu sudah lari daripada syariat Allah sehinggakan cacian yang kita berikan kepada pemimpin? Ya.. sejarah telah membuktikan bahawa Umar pernah ditegur oleh rakyatnya dengan pedang dan Umar menerima. Persoalannya adakah ia sampai memecahkan Islam pada masa itu? Adakah itu membolehkan kita mencaci dan menyebarkan khabar-khabar angin sehingga timbulnya bibit perpecahan di dalam Jamaah?? Adakah orang yang menegur Saidina Umar itu bercakap di belakang Umar??

Di kala kita berkata UMNO telah mengambil kesempatan untuk memecahbelahkan PAS dari luar, kita membantu memecahkan Jamaah daripada dalam. Kita sedar atau tidak?? Atau golongan-golongan ini merupakan musuh dalam selimut yang hendak menghancurkan Jamaah?? Awas dengan musuh yang dah keluar daripada selimutnya..

Kita nakkan pemimpin kita hebat seperti Umar, dah sediakah diri kita hebat seperti sahabat-sahabat Umar dan rakyat Umar pada masa tu? Kita nakkan pemimpin kita hebat seperti pemimpin-pemimpin ikhwan, adakah diri kita sudah hebat seperti ahli-ahli ikhwan??

Pemimpin juga manusia takkan lari dari kesilapan. Malah kewajipan kita untuk menegur untuk kebaikan Jamaah bukannya sampai merosakkan Jamaah. Kita ada ada adab, cara dan akhlak untuk menegur. Jika tidak setuju dengan kepimpinan dan nakkan kepimpinan yang lain naik, kita ada saluran muktamar untuk menukar kepimpinan. Berakhlak dan beradablah wahai ahli-ahli PAS.
"

No comments

Powered by Blogger.